Siti Fariza M.FHasanah A.KIrwan M.SAzman A.R2024-05-292024-05-2920162232-1047http://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/52https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/13563Journal of Fatwa Management and Research Volume 8 No.1 Page (79-90)Banjir yang berlaku pada Disember 2014 dikategorikan sebagai paling buruk yang melanda kawasan Pantai Timur, Malaysia. Bencana ini telah melibatkan lebih 100,000 orang mangsa yang mengalami kemusnahan harta benda dan punca pendapatan. Mangsa memerlukan bantuan segera bagi memulihkan kembali kehidupan seperti sedia kala. Keadaan ini dikategorikan sebagai keadaan mendesak yang mengharuskan penggunaan kaedah fiqh dalam situasi darurat. Walau bagaimanapun, ia dibataskan dengan kaedah fiqh al-darurah tuqaddar biqadariha. Justeru, kajian akan mengkaji penggunaan kaedah fiqh ini dalam agihan zakat untuk mangsa banjir. Kajian juga akan mencadangkan penambahbaikan dalam penyelarasan agihan zakat yang diberikan kepada mereka. Hasil kajian mendapati kelayakan seseorang mangsa banjir dalam situasi darurat dilihat lebih tepat di bawah kaedah fiqh� al-darurat tubihul mahzurat (kemudaharatan membolehkan tegahan) tetapi perlu dibatasi dengan kaedah fiqh yang lain iaitu al-darurat tuqaddar bi qadariha (keadaan darurat ditentukan mengikut kadarnya). Implikasi kajian boleh dijadikan� garis panduan kepada institusi zakat dalam menyediakan agihan zakat yang sepatutnya kepada mangsa banjir ini. Kajian lanjutan boleh dilakukan dalam mengenalpasti keberkesanan bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir.�otherbanjirkaedah fiqhdaruratmangsa banjirhad bantuanAplikasi Kaedah Fiqh Al-Darurah Tuqaddar Biqadariha dalam Agihan Zakat untuk Mangsa BanjirApplication of Al-Darurah Tuqaddar Biqadariha from Islamic Legal Maxims in Zakat Distribution for Flood VictimsArticle799081