Mohd Huefiros Efizi Bin HusainMohd Nasir Abdul MajidMuneer Ali Abdul Rab2024-05-302024-05-3020171675-593610.33102/uij.vol21no0.27http://uijournal.usim.edu.my/index.php/uij/article/view/27https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15850Belia merupakan kumpulan pertengahan di antara kanak-kanak dan dewasa yang telah capai tahap pemikiran untuk mentadbir dan memajukan diri. Peranan belia Muslim dalam masyarakat dan negara telah dilihat sejak zaman para nabi lagi dengan mengemudi pelbagai aspek seperti pendidikan, pimpinan dan perniagaan. Ia bukan hanya menyambung tugas generasi sebelumnya, malah mereka dikatakan punca jatuh bangun sesebuah empayar. Belia Muslim hari ini perlu berani menyusun percaturan serta bijak bertindak agar tidak mandom dan kelihatan terkebelakang berbanding belia Muslim di negara-negara lain walau di mana sahaja mereka berada. Oleh itu, kajian ini bertujuan menghuraikan peranan kawasan perumahan Taman Senai Utama dalam proses membangunkan belia Muslim berintegriti yang cemerlang. Objektif kajian ini meneliti usaha membangunkan belia Muslim yang berintegriti di Taman Senai Utama bersandarkan kepada konsep maslahah al-mursalah. Selain itu, membongkar syarat-syarat maslahah al-mursalah dan kepentingannya terhadap tajuk di atas. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif untuk menemui objektif kajian dengan pendekatan kaedah kepustakaan. Hasil penilaian ini mendapati maslahah al-mursalah mempunyai hubungan yang erat dalam membangunkan belia Muslim yang berintegriti di kawasan perumahan Taman Senai Utama dalam bidang pembangunan ilmu, keusahawanan dan interaksi sosial.othermaslahah al-mursalahbelia Muslim berintegritiTaman Senai UtamaHubungan Maslahah Al-Mursalah Kepada Pembangunan Belia Muslim Berintegriti Di Kawasan Perumahan : Satu Kajian Di Taman Senai UtamaThe Relationship Of Maslahah Al-Mursalah Muslim Youth Development Integrity At Housing Area : A Study In Taman Senai UtamaArticle8910221