Khairul Azhar MeeranganiAdam BadhrulhishamAbdul Qayuum Abdul RazakMohammad Fahmi Abdul Hamid2024-05-302024-05-302020-11-04eISBN 978-9674408428https://drive.google.com/file/d/1UeDLxHuzOc8eJ8ZVEJUgI-63YO-gukhM/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17964E-Proceedings Of The International Conference On Aqidah, Religions And Social Sciences (SIGMA10) “ Towards Peaceful Co-Existence And Excellence Of Ummah : An Implication Of Rahmatan Lil’Alamin” Organized by: Akidah and Religion Studies Programme, Faculty of Leadership and Management 4th November 2020. Editors: Mohd Radhi Ibrahim, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Rosidayu Sabran, Nik Suhaida Nik Abdul Majid, Najib Sheikh Abdisamad, Mohd Hamidi Ismail, Yuseri AhmadIslam mempunyai kedudukan yang istimewa di Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, keistimewaan ini sama sekali tidak mengabaikan kepentingan bangsa dan agama lain sebagai manifestasi kontrak sosial yang telah dipersetujui sekian lama. Pasca PRU-14 telah memperlihatkan bibit-bibit ketegangan mulai tumbuh sehingga membawa kepada lahirnya isu-isu sensitif, terutamanya berkaitan agama dan kaum. Maka, gagasan Rahmatan lil ‘Alamin (RLA) telah diperkenalkan sebagai suatu pendekatan dalam mengharmonikan kemajmukan masyarakat secara inklusif. Walau bagaimanapun, pemaknaan konsep rahmah yang masih kabur telah menimbulkan kekeliruan khususnya melibatkan interaksi Islam dengan agama-agama lain di Malaysia. Kajian bertujuan menganalisis pendekatan rahmatan lil ‘alamin di Malaysia berdasarkan perbahasan para sarjana akidah. Dapatan seterusnya dianalisis secara induktif dalam merangkumkan perspektif sebenar konsep ini selaras dengan prinsip akidah Islam. Pemahaman yang jelas dan penerimaan terhadap kedudukan istimewa Islam merupakan kunci utama dalam mewujudkan masyarakat berbilang kaum dan agama yang lebih harmoni dan bertanggungjawab. Penerapan nilai rahmatan lil ‘alamin seharusnya dilaksanakan dengan menjadikan agenda mendaulatkan kedudukan Islam di Malaysia sebagai tema utama gagasan ini.otherIslam, Rahmatan lil ‘Alamin, Kemajmukan, AkidahPendekatan Rahmatan Lil ‘Alamin di Malaysia Menurut Perspektif AkidahRahmatan Lil ‘Alamin Approach in Malaysia From Akidah PerspectiveArticle134143