Che Ab Rahman, H.H.Che Ab RahmanSamian, A. L.A. L.SamianMuslim, N.N.Muslim2024-05-302024-05-3020170127-7871http://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/34https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15076Sains memainkan peranan utama untuk mencipta teknologi bagi kemajuan negara dan menjadi antara salah satu teras kepada pembentukan tamadun manusia. Tamadun Barat telah mengolah ilmu sains yang diperoleh daripada tamadun-tamadun sebelumnya terutamanya tamadun Islam menjadi sains yang sekular dan liberal. Usaha pengembalian sains ke tempatnya perlu dijadikan suatu tanggungjawab yang harus dipikul oleh para ilmuan. Usaha-usaha ini memerlukan rujukan pemikiran tokoh yang berusaha memikirkan suatu penyelesaian ke arah membangunkan sains mengikut kehendak dan pandangan agama Islam. Justeru, tokoh ilmuan Muslim Melayu yang telah lama bersara yang menyumbang dalam usaha mengintegrasikan sains dan agama diketengahkan dalam kajian ini untuk menonjolkan pemikiran dan usaha beliau dalam membangunkan sains dalam kerangka agama Islam sebagai suatu usaha ke arah membangunkan tamadun Melayu yang menepati citarasa dan kehendak agama. Mohd Yusof yang telah mempertahankan penggunaan Bahasa Melayu dalam pendidikan dan mempopularkan "Sains Tauhidik" adalah antara ilmuan yang telah memberikan buah fikiran melalui penulisan, penyampaian lisan dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Usaha Mohd Yusof yang membangunkan pendekatan sains Tauhidik dan mempertahankan penggunaan bahasa Melayu dalam pendidikan adalah untuk memperkasakan tamadun Melayu yang berilmu dan dalam masa yang sama patuh kepada segala kehendak dan aturan Islam .Islampemikiran Mohd YusofSains TauhidikTamadun Melayu.Pemikiran Mohd Yusof Othman Dalam Sains Tauhidik Ke Arah Membangunkan Tamadun MelayuArticle293922