Norzulaili Mohd GhazaliRobiatul Adawiyah Mohd @ AmatMohd Hishomuddin Ahmad2024-05-302024-05-302020-10-292756-8156www.penerbit.usim.edu.myhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17235Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 Paper No. BM035 585-598Wabak atau penyakit berjangkit seperti ta’un umpamanya, telah berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Terdapat beberapa hadis yang yang menyebut tentang wabak penyakit berjangkit ini antaranya sabda Baginda SAW yang bermaksud “ Apabila kamu bertemu dengan orang yang terkena penyakit kusta, maka hendaklah kamu lari (jauhi) seperti kamu berjumpa singa” (HR Bukhari). Kertas kerja ini akan mengekstrak dan menghimpunkan hadis yang mempunyai lafaz “waba’”, “‘adwa” dan “ta’un” yang terdapat dalam hadis Sahih Bukhari. Tiga perkataan ini dipilih kerana terdapat hubungan antara perkataan-perkataan ini berdasarkan Teori Medan Makna. Seterusnya hadis-hadis yang telah diekstrak akan dikeluarkan perbahasan yang terdapat padanya bagi tujuan untuk membangunkan tema. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tema hadis wabak ini mampu menjadi panduan bagi menghadapi wabak dan ianya boleh dimanfaatkan oleh individu mahupun komuniti.otherWaba’,‘adwa,ta’unTematik Hadis Wabak Dalam Kitab Sahih Al-BukhariArticle