Umar bin SyaifuddinNuha binti Syaifuddin2025-11-192025-11-192025Umar bin Syaifuddin, Nuha binti Syaifuddin. (2025). Kesan Permainan Roblox dan Minecraft terhadap Perkembangan Kognitif, Akhlak dan Kreativiti Kanak-kanak Muslim di Malaysia. Insan Junior Researcher International Conference & Innovation (IJURECON) 2025, 413–425. https://raudahusim.sharepoint.com/:b:/s/USIM-eDocs/EfVkn9zP4m9HniZRvI2XhQMBlU12RcfdxRZHlzdrKyiznQ?e=syZY7bhttps://raudahusim.sharepoint.com/:b:/s/USIM-eDocs/EfVkn9zP4m9HniZRvI2XhQMBlU12RcfdxRZHlzdrKyiznQ?e=syZY7bhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28001Insan Junior Researcher International Conference & Innovation (iJURECON) 2025 : “STREAM for a Better Future/ editor : Ahmad Fuad Mohamad Amin, Nurul Shazwani Binti Mohamed, Rossidi Bin Usop, Abdel Rahman Ibrahim Suleiman Islieh Organised by Kolej PERMATA Insan 10-11 October 2025Kajian ini meneliti kesan permainan digital Roblox dan Minecraft terhadap perkembangan kanak-kanak beragama Islam di Malaysia berumur 7 hingga 12 tahun dengan melibatkan seramai 93 pasangan ibu bapa dan anak. Fokus diberikan kepada tiga bidang utama iaitu kognitif, akhlak, dan kreativiti. Dari sudut kognitif, permainan strategi dilihat berpotensi mengasah cara berfikir serta meningkatkan kebolehan menyelesaikan masalah. Dari segi akhlak, kajian menilai sama ada permainan digital dapat menyokong pembentukan nilai seperti sabar, jujur, dan hormat, atau sebaliknya boleh menjejaskan tumpuan terhadap tanggungjawab harian seperti ibadah, kerja rumah dan pengurusan diri. Kreativiti pula dikaji melalui kebolehan kanak-kanak membina dunia maya, menghasilkan ciptaan baharu menggunakan sumber yang ada, dan mengembangkan imaginasi secara lebih meluas. Metodologi kajian menggunakan soal selidik dalam talian dengan 30 soalan pelbagai pilihan dan skala Likert. Bahagian A ditujukan kepada ibu bapa untuk menilai perkembangan anak berdasarkan pemerhatian, manakala Bahagian B kepada kanakkanak berdasarkan pengalaman sendiri. Data dikumpulkan melalui Google Forms yang diedarkan di sekolah, media sosial, dan kumpulan komuniti. Analisis melibatkan statistik deskriptif purata, median dan sisihan piawai bagi setiap domain, serta beberapa variasi yang mencerminkan perbezaan antara pandangan ibu bapa dan anak. Hasil kajian diharap dapat memberikan kefahaman lebih mendalam kepada ibu bapa dan pendidik tentang peranan permainan digital dalam pembangunan menyeluruh kanak-kanak muslim di Malaysia, serta menjadi salah satu sumber rujukan bagi garis panduan pendidikan dan penggunaan teknologi yang lebih seimbang.msRobloxMinecraftpermainan digitalkanak-kanak muslim Malaysiapembangunan kanakkanak< spacinKesan Permainan Roblox dan Minecraft terhadap Perkembangan Kognitif, Akhlak dan Kreativiti Kanak-kanak Muslim di Malaysiatext::conference output::conference proceedings::conference paper413425