Setiyawan GunardiMualimin Mochammad SahiAmir Husin Mohd NorAzman Ab. RahmanMuneer Ali Abdul RabMahmoud Mohamed AliFithriah WardiNik Rahim Nik WajisMohamad Ikwan Hami2024-05-302024-05-302017Gunardi, S., Mochammad Sahid, M., Mohd Nor, A. H., Ab. Rahman, A., Abdul Rab, M. A., Ali, M. M., Wardi, F., Nik Wajis, N. R., & Hami, M. I. (2017). KONSEP AL-ADAH MUHAKKAMAH DALAM PEWARISAN TANAH ADAT MENURUT ADAT PERPATIH DI MALAYSIA: THE CONCEPT OF AL-ADAH AL-MUHAKKAMAH IN THE INHERITANCE OF CUSTOMARY LAND ACCORDING TO ADAT PERPATIH IN MALAYSIA. Malaysian Journal of Syariah and Law, 5(2), 161–177. https://doi.org/10.33102/mjsl.vol5no2.672590-439610.33102/mjsl.vol5no2.67http://mjsl.usim.edu.my/index.php/jurnalmjsl/article/view/67https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15738Malaysian Journal of Syariah and Law Volume 7 No.1 Page (161-177)Adat Perpatih merupakan salah satu adat yang diamalkan oleh masyarakat di Malaysia khususnya sebahagian besar masyarakat di Negeri Sembilan dan sekolompok kecil masyarakat di Melaka. Adat Perpatih berasal dari Pagar Ruyung, Sumatera yang diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang menjaga kawasan tanah sebelah darat dan diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning. Adat ini dibawa ke Negeri Sembilan oleh orang Minangkabau pada kurun ke-17. Namun begitu, masih terdapat kekeliruan yang berlaku di kalangan masyarakat berkenaan beberapa amalan adat Perpatih yang dianggap bercanggah dengan syarak. Di antara amalan yang menjadi isu perbualan hangat di kalangan masyarakat ialah isu pembahagian Tanah Adat di Negeri Sembilan atau di kalangan masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih. Amalan pembahagian ini dikatakan bercanggah dengan Islam kerana tidak mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak menerusi kaedah Faraidh. Walaubagaimanapun, kajian yang dijalankan menunjukkan fakta kurang tepat seperti yang beredar di masyarakat dan ia perlu diperbetulkan. Kurangnya pengetahuan di kalangan masyarakat awam terhadap amalan adat ini telah menyebabkan anggapan bahawa amalan tersebut salah di sisi Syarak. Kajian dan penelitian secara terperinci perlu dijalankan sebelum menghukum sama ada sesuatu perkara itu dibenarkan ataupun sebaliknya. Justeru, artikel ini akan menganalisis dan meneliti secara mendalam berkenaan isu pewarisan tanah Adat dan kaitannya dengan konsep Al-�adah Muhakkamah. Metodologi yang digunakan adalah kajian kepustakaan yang menganalisis data-data secara deskriptif. Selain itu metod perbandingan juga akan digunakan untuk membandingkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang menyelidik, mengkaji dan menulis dalam isu ini. Hasil kajian mendapati bahawa amalan pewarisan tanah Adat ini bertepatan dengan konsep Al-�adah Muhakkamah berdasarkan kepada analisis yang telah dibuat. Secara dasarnya, amalan tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa ia salah di sisi Islam kerana tidak terdapat dalil (nas) atau bukti yang mengharamkannya.otherAdat PerpatihAl-'Adah MuhakkahPewarisanTanah AdatNegeri SembilanKonsep Al-'Adah Muhakkamah Dalam Pewarisan Tanah Adat Menurut Adat Perpatih Di MalaysiaArticle16117752