Muhammad Aqil Mohd AzmaniMohd Zamrus Mohd Ali2025-10-152025-10-152024Muhammad Aqil Mohd Azmani, Mohd Zamrus Mohd Ali (2024). Sumbangan Kerajaan Uthmaniah Kepada Kerajaan Alam Melayu: Antara Strategi Dakwah Islam. Insan Junior Researchers International Conference 2024 (IJURECON 2024) , 118–121. https://raudahusim.sharepoint.com/:b:/s/USIM-eDocs/EXrJQXKFR1JAurDWj_VmLiYBRXCK10uGRWJC_WRAu3bsBw?e=07OjRG3083-8509https://raudahusim.sharepoint.com/:b:/s/USIM-eDocs/EXrJQXKFR1JAurDWj_VmLiYBRXCK10uGRWJC_WRAu3bsBw?e=07OjRGhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/278155th Insan Junior Researchers International Conference 2024 (iJURECON 2024) : "STREAM for a better future”/ editors : Ahmad Fuad Mohamad Amin, Ahmad Bazli Ahmad Hilmi, Nurhidaya Mohamad Jan, Norazlina Subani 25-26 October 2024 Organized by : Kolej Permata InsanBeberapa episod yang mencetuskan perdebatan sejarawan dan ahli akademik di tanahair berkenaan bantuan daripada kerajaan Islam Uthmaniah yang berpusat di Istanbul ke Kerajaan Alam Melayu (KAM) seringkali dikaitkan dengan agenda mubaligh dakwah Islam. Namun sejauh mana kebenaran pendapat dan perdebatan ini akan dikupas dalam penyelidikan ini. Contohnya ialah membekalkan meriam yang dibawa dari kerajaan Islam Uthmaniah sekitar kurun ke-16 yang dihantar ke kerajaan Pattani Darussalam yang dipimpin oleh Ratu Raja Biru daripada diserang oleh Kerajaan Siam. Selain itu kerajaan Islam Uthmaniah turut menghantar jurutera ke KAM untuk membina benteng dan istana raja di Acheh yang namakan Dar At Dunya pada abad ke-16 hingga ke-17. Seiring dengan perkara yang dinyatakan itu, pada hakikatnya Kerajaan Islam Uthmaniah yang jaraknya sekitar 8 ribu hingga 9 ribu kilometer dari KAM mempunyai strategi khusus iaitu meluaskan empayar Islam di Nusantara. Berdasarkan metodologi kajian kualitatif, maklumat kajian akan memberi fokus kepada beberapa contoh yang merupakan sejarah diplomatik antara dua buah kerajaan Islam ini yang berlaku sekitar abad ke-16 hingga 18. Hasil kajian awal mendapati bahawa kerajaan Islam Uthmaniah benar-benar menyumbang kepada proses dakwah Islam secara tersurat meskipun kaedah tersebut tidak sering dilihat memberi sumbangan secara langsung. Kesimpulan kajian menggesa kepada kerajaan Malaysia khususnya dan kerajaan di Nusantara seperti Brunei, Indonesia termasuk Acheh dan Selatan Thailand untuk terus menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan Turki hari ini atas dasar pertalian erat yang pernah dimetrai. Untuk hal itu, peranan Malaysia digesa untuk mengetuai kumpulan yang pernah dikenali sebagai KAM bagi mengembalikan semangat ukhuwah Islamiah, kedaulatan Islam, maruah dan kesucian Islam di Nusantara.mskerajaan Islam Uthmaniahkerajaan Alam Melayudakwah Islam di Nusantara.Sumbangan Kerajaan Uthmaniah Kepada Kerajaan Alam Melayu: Antara Strategi Dakwah Islamtext::conference output::conference proceedings::conference paper118121