Mohd Azhar AbdullahAhmad Syakir Mohd NassuruddinAbdul Azib HussainNurul Akma MohamedKhairulnazirin Nasir2025-06-232025-06-232024Mohd Azhar Abdullah,Ahmad Syakir Mohd Nassuruddin, Abdul Azib Hussain, Nurul Akma Mohamed & Khairulnazirin Nasir. (2024). Tempoh Bagi Anggapan Mati Dalam Undang-Undang Keluarga Islam Di Negara-Negara Islam: Satu Sorotan. International Conference on Syariah, Law and Science 2024 (CFORSJ I-CONF 2024), 2(1), 22–33. https://alnadwah.usim.edu.my/cforsjiconf/paper/view/65https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/27043International Conference On Syariah, Law And Science 2024 (CFORSJ i-CONF 2024) 7 November 2024 - 30 November 2024 Editorial Team: Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Lukman Abdul Mutalib, Zulfaqar Mamat, Aspalilah Alias, Hasnizam Hashim, Ahmad Syukran Baharuddin, Muhammad Aniq Aiman Alias, Tuan Mohd Faris Hamzi Tuan Ibrahim, Radin Ahmad Taufik Salikin Izzaddin, Ahmad Salman Mohd Yusof. Organized : Centre of Research for Fiqh Forensics and Judiciary (CFORSJ), Faculty of Syariah and Law, USIMAnggapan mati atau mafqud lazimnya berlaku dalam keadaan tragedis. Kesannya amat besar, terutama status perkahwinan, iddah dan pusaka yang ditangguhkan sehingga pihak mahkamah memutuskannya. Ia menjadi isu fiqh dan perundangan Islam serta sivil disebabkan jasad hakiki tidak ditemui. Menurut bidang kuasa Syariah di Malaysia, tempoh minimum isteri menunggu adalah selama empat (4) tahun untuk pembubaran perkahwinannya, kemudian ia beriddah selama empat bulan sepuluh hari. Namun realiti semasa, tempoh empat tahun tersebut adalah rigid dan bertentangan dengan kes-kes tragedi khusus seperti Terowong Mu’assim 1990. Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) memutuskannya selepas empat (4) bulan dan tragedi MH370 pada tahun 2014 yang diputuskan selepas 324 hari sebagai anggapan mati. Manakala dalam undang-undang keluarga Islam di beberapa buah negara Islam seperti Syria, Jordan, Magribi dan Sudan adalah tidak selaras bagi tempoh anggapan mati, antara satu tahun hingga ke empat tahun. Ketidakselarasan ini disebabkan tiada nas sarih yang menuntut ijtihad di sisi pihak pemerintah. Hal yang demikian menunjukkan bahawa tempoh empat tahun bagi anggapan mati dalam enakmen-enakmen Syariah di Malaysia boleh dinilai semula menurut keperluan semasa. Dalam pada itu, Pengerusi MKI mencadangkan tempoh empat tahun tersebut dinilai semula berdasarkan tuntutan maqasid syar’iyyah dan perkembangan teknologi semasa. Kajian kualitatif ini bertindak menganalisis dokumen-dokumen perundangan yang dikuatkuasakan. Dapatan kajian boleh dijadikan asas bagi pihak pengubal undang-undang Syariah menilai tempoh yang relevan bagi keperluan negara ini.msPresumption of deathdurationlawcountryIslamTempoh Bagi Anggapan Mati Dalam Undang-Undang Keluarga Islam Di Negara-Negara Islam: Satu SorotanThe Duration For Presumption Of Death In Islamic Family Law In Muslim Countries: A Reviewtext::conference output::conference proceedings::conference paper223321