Aisyah Binti Abdul SatarNur Najihah Binti Mohd IsaAinnur Annisa Binti Mohd Khairul AnwarMaisarah Binti Saidin2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 9786297534374https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17567E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Hadith merupakan sumber Islam selepas al-Quran yang menjadi rujukan utama umat Islam sedunia. Perkembangan teknologi tanpa sempadan ini membantu masyarakat meningkatkan tahap pengetahuan dan kefahaman tentang hadith Nabi SAW seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Namun begitu, pendigitalan hadith ini secara tidak langsung telah menimbulkan pelbagai isu kepada masyarakat Islam, antaranya penyebaran hadith melalui media sosial. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti isu dan cabaran berkaitan pendigitalan hadis. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen terhadap sumber primer seperti kitab-kitab hadis dan sumber sekunder seperti, artikel, jurnal dan sebagainya. Kajian mendapati bahawa maktabah syamilah membantu masyarakat dalam mengenalpasti kesahihan hadith. Dapatan kajian boleh dijadikan sebagai panduan penggunaan hadith digital dengan mengambil langkah berhati-hati daripada mempromosikan hadith yang tidak berautoriti. Usaha pendigitalan hadith ini dilihat sebagai medium transformasi pendidikan teras Islam yang mengintegrasikan ilmu wahyu dengan teknologi moden yang memberi manfaat besar kepada umat manusia khususnya Muslim sejagat selari dengan agenda globalisasi dunia hari ini. Kesimpulannya, kajian bidang hadith berdasarkan teknologi maklumat dan digital perlu dikembangkan lebih jauh agar mampu memberikan impak besar kepada kesarjanaan hadith dan mekanisme penyebaran ilmu yang berkualiti dan berkesan.otherPendigitalan hadith, perkembangan teknologi, kesarjanaan hadithPembukuan dan Pendigitalan Hadith: Isu dan CabaranArticle6897002