Lee Kuok TiungSiti Suriani Othman2024-05-282024-05-282010Tiung, Lee Kuok & Siti Suriani Othman. (2010). “Pertumbuhan dan Pelestarian Industri Eko-Pelancongan: Kajian Pulau-pulau Peranginan Sekitar Pantai Timur Sabah, Malaysia” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.3, No.2 [November], pp.273-294. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press, UNIPA Surabaya, and UMS Kota Kinabalu, Malaysia, ISSN 1979-0112.1979-0112https://journals.mindamas.com/index.php/sosiohumanika/article/view/417https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/7623Vol 3, No 2Keindahan flora dan fauna di Sabah telah membantu sektor pelancongan menduduki tangga teratas penyumbang pendapatan utama kepada Negeri di Bawah Bayu ini untuk beberapa tahun berturut-turut. Ini berasaskan premis bahawa industri pelancongan secara tidak langsung memperkayakan kepelbagaian komoditi yang boleh dipasarkan. Kajian ini mencadangkan untuk menilai perkembangan industri eko-pelancongan di sekitar kepulauan berdekatan Semporna sambil cuba mencungkil pengalaman pelancong-pelancong antarabangsa yang berbeza-beza. Umumnya, sumbangan paling besar melalui industri pelancongan di situ yang boleh dilihat adalah pertumbuhan rancak resort-resort yang secara langsung menjadi pemangkin kepada proses pembandaran pekan Semporna, mendorong pertumbuhan resort yang diusahakan penduduk tempatan, peningkatan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan peniaga-peniaga runcit kraftangan di Pulau Mabul, penambahan sumber pendapatan kerajaan negeri dan penduduk, dan perkembangan sistem perhubungan dan jaringan jalan raya. Walau bagaimanapun, persoalan-persoalan kelestarian (sustainbility), kesinambungan (continuity) dan keadaan yang berdekatan (contiguity) menyebabkan kemusnahan jangka panjang yang lebih buruk terhadap struktur dasar laut dan kedinamikan ekosistem di kawasan tersebut.otherEko-pelancongan, kepulauan Semporna, Sabah, sumbangan positif, dan persoalan negatif.Pertumbuhan dan Pelestarian Industri Eko-Pelancongan: Kajian Pulau-pulau Peranginan Sekitar Pantai Timur Sabah, MalaysiaArticle27329432