Rohaini binti AminNor Azlina binti EndutZurina binti Abdullah2024-11-132024-11-132024Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, & Nuruliza Roslan (2024). International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 . Penerbit USIM.e ISBN 978-629-7636-87-0https://istet.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/10/e-Proceedings-ISTET-2024_full_24102024.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/24819Perkataan gastronomi merupakan istilah dari bahasa Yunani kuno iaitu gastros yang bererti ‘perut’ dan nomos yang bermaksud ‘pengetahuan’ atau ‘ilmu’. Oleh itu gastronomi adalah merujuk kepada kajian mengenai hubungan budaya dengan makanan. Gastronomi juga sering difahami sebagai seni atau amalan memilih, menyediakan atau memakan makanan yang baik. Maka, pelancongan gastronomi bolehlah dimaksudkan sebagai aktiviti individu atau sekumpulan orang ke sesebuah lokasi atau tempat tertentu yang bertujuan untuk merasai atau menikmati makanan yang dijadikan sebagai ‘ikonik’ sesuatu tempat tersebut. Melaka suatu nama yang tidak asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Negeri bersejarah tersebut sangat terkenal dengan pensejarahannya. Tempat-tempat bersejarah di Melaka sentiasa menjadi perhatian pengunjung lokal dan antarabangsa. Selain tempat-tempat bersejarah tersebut, ‘trademark’ besar Melaka adalah pada makanannya yang popular seperti asam pedas, ikan bakar, ‘coconut shake’, kuih keria dan pelbagai lagi yang menjadi faktor tarikan kepada kehadiran pelancong kerana ingin menikmati juadah tersebut. Kehadiran pelancong ke Melaka yang meningkat saban tahun ini kerana sikap orang ramai yang selesa menikmati masakan asli tersebut di tempat asalnya. Perbincangan lanjut mengenai tajuk ini akan dibuat dalam seminar kelak.Perkataan gastronomi merupakan istilah dari bahasa Yunani kuno iaitu gastros yang bererti ‘perut’ dan nomos yang bermaksud ‘pengetahuan’ atau ‘ilmu’. Oleh itu gastronomi adalah merujuk kepada kajian mengenai hubungan budaya dengan makanan. Gastronomi juga sering difahami sebagai seni atau amalan memilih, menyediakan atau memakan makanan yang baik. Maka, pelancongan gastronomi bolehlah dimaksudkan sebagai aktiviti individu atau sekumpulan orang ke sesebuah lokasi atau tempat tertentu yang bertujuan untuk merasai atau menikmati makanan yang dijadikan sebagai ‘ikonik’ sesuatu tempat tersebut. Melaka suatu nama yang tidak asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Negeri bersejarah tersebut sangat terkenal dengan pensejarahannya. Tempat-tempat bersejarah di Melaka sentiasa menjadi perhatian pengunjung lokal dan antarabangsa. Selain tempat-tempat bersejarah tersebut, ‘trademark’ besar Melaka adalah pada makanannya yang popular seperti asam pedas, ikan bakar, ‘coconut shake’, kuih keria dan pelbagai lagi yang menjadi faktor tarikan kepada kehadiran pelancong kerana ingin menikmati juadah tersebut. Kehadiran pelancong ke Melaka yang meningkat saban tahun ini kerana sikap orang ramai yang selesa menikmati masakan asli tersebut di tempat asalnya. Perbincangan lanjut mengenai tajuk ini akan dibuat dalam seminar kelak.msPelanconganGastronomiMelakaSyurgaMakananPelancongan Gastronomi: Melaka Syurga Pencinta Makanantext::conference output::conference proceedings::conference paper