Raja Shahrul Hatta Raja Ahmad,Raja Shahrul Hatta Raja AhmadRoslee Ahmad2024-05-312024-05-312021-09-09https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18539Papers In MALAY Language Date: 9 September 2021 Platform: MSTeams, USIM Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.Kajian ini bertujuan melihat tahap penggunaan polydrug, hubungan antara mekanisme pertahanan dan keberkesanan kendiri di kalangan pengguna polidrug di PUSPEN Sg Besi, Kuala Lumpur. Kajian ini melibatkan 210 sampel melibatkan penghuni di PUSPEN Sg Besi yang dipilih secara bertujuan kerana mengambil dadah jenis polydrugs. Instrumen Defense Style Questionnaire (DSQ-40) dan Self-Eficacy Scale (SES) diadaptasi penyelidik di gunakan dalam kajian dan di analisis menggunakan perisian SPSS versi 25. Keputusan menunjukkan tahap mekanisme pertahanan klien berada pada tahap tinggi iaitu 34.3% manakala keberkesanan kendiri berada pada tahap sederhana iaitu 34.3%. Analisis inferensi bagi kedua keputusan menunjukkan hubungan yang lemah dan negatif antara mekanisme pertahanan dan status perkahwinan, dan mekanisme pertahanan dengan penggunaan dadah iaitu (r=-0.061, p=0.0619) dan (r =-0.006, p=0.959). Manakala bagi hubungan keberkesanan kendiri dan pendidikan (r =0.219, p=0.69) turut menunjukkan hubungan yang lemah tetapi positif. Bagi hubungan mekanisme pertahanan dan keberkesanan kendiri (r =0.360, p=-0.69) juga menunjukkan yang lemah tetapi positif. Cadangan penyelidik seterusnya adalah perlu menambahkan pemboleh ubah sikap dan kesihatan mental serta penambahan persampelan bagi mendapatkan dapatan yang lebih baik. Kata kunci: mekanisme pertahanan, keberkesanan diri, pengguna polydrugothermekanisme pertahanan,keberkesanan diri,pengguna polydrugHubungan Antara Mekanisme Pertahanan Dan Keberkesanan Diri Di Kalangan Pengguna Polydrug Di PUSPEN Sg BesiArticle