Nur Amira Liyana IshakNurul Syafiqah JamaludinRabiatul Adawiyah Ahmad SyukriMohd Zahir Abdul Rahman2024-05-302024-05-302024Syed Hassan, S. N., Hamisan@Khair, N. S., Zulkiply, S. R. I., & Mohamad Zainuzi, I. H. (Eds.). (2024). In E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024) (pp. 1–1203). Penerbit USIM.e-ISBN: 978-629-7636-32-0https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17712E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024): “Memartabatkan Masyarakat Madani Nusantara Berlandaskan Kearifan Al-Quran Dan Sunnah” / Penyunting: Syed Najihuddin Syed Hassan, Nur Saadah Hamisan@Khair, Shah Rizul Izyan Zulkiply, Nurul Izzatul Huda Mohamad Zainuzi 20-23 Januari 2024 / 8-11 Rejab 1445H Penganjur: Fakulti Pengajian Quran and Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) & Muzium Manuskrip al-Quran Narathiwat ThailandManusia didedahkan dengan pengalaman baru dalam banyak bidang kehidupan tanpa mengira kesan positif atau negatif. Antaranya adalah dalambidang Perubatan Islam. Perkembangan pusat-pusat rawatan Islam kini menyaksikan wujudnya pelbagai pendekatan dan kaedah yang dikenali sebagai “Rawatan Islam”. Realitinya, hanya sebahagian daripada pusat-pusat rawatan Islam tersebut yang benar-benar mengikut petunjuk al-Quran dan Sunnah. Oleh itu, kajian ini menggunakan kaedah tinjauan iaitu dengan kaedah kualitatif yang melibatkan temubual secara bersemuka bersama pengamal perubatan Islam di USIM. Hal ini bertujuan untuk mengkaji kaedah rawatan yang digunakan berdasarkan pendekatan al-Quran dan Sunnah dan cabarannya kepada pengamal perubatan Islam dalam menangani penyakit histeria. Hasil kajian mendapati, aspek spiritual sangat mempengaruhi punca berlakunya histeria dan membuktikan juga rawatan Islam yang dilaksanakan oleh pengamal perubatan Islam adalah berlandaskan hukum syariat Islam. Kajian ini membantu masyarakat mengetahui dengan lebih terperinci tentang histeria dan ilmu perubatan Islam.otherHisteria, al Quran, Sunnah, Rawatan Islam, Pengamal PerubatanAnalisis Pendekatan Quran dan Sunnah Terhadap Konsep Rawatan Histeria dan Cabaran yang Dihadapi dalam Konteks Perubatan IslamArticle398411