Lubna Abd RahmanWan Moharani MohammadZulkipli Md. IsaHishomudin Ahmad2024-05-282024-05-2820172289-8042https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/100/83https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/6608Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah Vol 4 Bil 2 Page (31-43)Kebolehpasaran siswazah telah menjadi isu global kerana melibatkan isu pendidikan yang menjadi tonggak hidup masyarakat sesebuah negara. Isu ini turut diberi perhatian oleh kerajaan Malaysia untuk memastikan kualiti dan mutu sistem pendidikan semasa. Justeru, usaha pelbagai pihak digembleng untuk menanganinya. Selain itu, kajian turut dilaksanakan bagi mengupas dan membahaskan isu ini. Penulisan ini cuba mengetengahkan corak kajian lepas tentang kebolehpasaran siswazah dari institut pengajian tinggi di Malaysia serta mengenal pasti isu-isu berkaitan dengannya. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif. Data dikumpulkan melalui jadual matriks "Systematic Literature Review" (SLR) dengan melakukan analisis ke atas bahan-bahan literatur antara tahun 2010-2015. Data yang didapati dianalisis secara deskriptif dengan mengetengahkan objektif dan dapatan kajian bagi menghasilkan suatu gambaran yang menyeluruh berkaitan corak kajian kebolehpasaran siswazah di Malaysia dalam tempoh tersebut. Kajian mendapati bahawa terdapat dua corak kajian yang paling ketara mengenai kebolehpasaran iaitu: (1) kajian mengenai kemahiran, ciri dan nilai yang menjadi faktor kebolehpasaran siswazah, dan (2) ialah kajian mengenai persepsi dan tahap kesedaran pelajar terhadap isu kerjaya. Selain itu, didapati juga masih berlaku peningkatan jumlah kajian berkaitan kebolehpasaran yang mungkin disebabkan oleh isu pengangguran yang masih berlaku sehingga kini.othercorak kajian, kebolehpasaran, siswazah, MalaysiaCorak Kajian Kebolehpasaran Siswazah Di Malaysia: Sorotan Antara Tahun 2010-2015Pattern of Studies of Malaysia Graduates Employability: Review between 2010-2015Article314342