Wan Abdul Fattah Wan IsmailHasnizam HashimZulfaqar MamatAhmad Syukran BaharuddinNorma JusofMohamad Aniq Aiman Alias2025-06-232025-06-232024Wan Abdul Fattah Wan Ismail,Hasnizam Hashim, Zulfaqar Mamat,Ahmad Syukran Baharuddin, Norma Jusof & Mohamad Aniq Aiman Alias. (2024). Salah Faham Amalan Sumpah: Persamaan dan Perbezaan Sumpah di Dalam Mahkamah dan Luar Mahkamah Malaysia. International Conference on Syariah, Law and Science 2024 (CFORSJ I-CONF 2024), 2(1), 102–111. https://alnadwah.usim.edu.my/cforsjiconf/paper/view/809786297636214https://alnadwah.usim.edu.my/cforsjiconf/paper/view/80https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/27039International Conference On Syariah, Law And Science 2024 (CFORSJ i-CONF 2024) 7 November 2024 - 30 November 2024 Editorial Team: Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Lukman Abdul Mutalib, Zulfaqar Mamat, Aspalilah Alias, Hasnizam Hashim, Ahmad Syukran Baharuddin, Muhammad Aniq Aiman Alias, Tuan Mohd Faris Hamzi Tuan Ibrahim, Radin Ahmad Taufik Salikin Izzaddin, Ahmad Salman Mohd Yusof. Organized : Centre of Research for Fiqh Forensics and Judiciary (CFORSJ), Faculty of Syariah and Law, USIMSumpah merupakan kaedah pembuktian yang sering digunakan dalam Mahkamah Syariah di Malaysia sama ada dalam mensabitkan atau menafikan sesuatu dakwaan. Sumpah juga merupakan kaedah pembuktian yang disepakati ulama secara umumnya sepertimana ikrar dan kesaksian. Sekalipun sumpah sudah lama termaktub dalam nas-nas syarie dan telah dibincangkan secara detail dalam kitab-kitab turath dan moden, namun pemahaman umum mengenai sumpah kehakiman (sumpah dalam mahkamah) dan biasa (sumpah luar mahkamah) masih lagi jauh. Tidak dinafikan terdapat di bahagian-bahagian tertentu persamaan di antara sumpah di dalam dan luar mahkamah. Namun dalam waktu yang sama terdapat juga jurang perbezaan agak ketara di antara kedua-duanya. Sumpah di luar mahkamah tidak dapat dijadikan kaedah pembuktian di hadapan hakim, sekalipun sighahnya hampir sama. Namun sumpah di dalam mahkamah secara asasnya dijadikan kaedah pembuktian. Walaupun begitu terdapat juga sebahagian sumpah dalam Mahkamah hanya berstatus sebagai kaedah pengukuhan iaitu untuk meyakinkan hakim sama ada meneruskan perbicaraan atau dalam membuat keputusan. Maka kertas kerja ini akan memfokuskan kepada konsep sumpah, sighah, hukum, niat, tawriah dan kafarah sumpah. Selain daripada itu terdapat perbandingan mengenai kekuatan sumpah di dalam atau di luar mahkamah sebagai kaedah pembuktian. Dengan penjelasan ini akan merungkaikan silap faham di antara sumpah di dalam mahkamah dan di luar Mahkamah. Sungguhpun kedua-dua kelihatan ‘sama’ namun hakikat sebenarnya ‘tidak serupa’ khususnya dari segi kekuatan dalam pembuktian.msSumpahyaminketeranganmahkamah dan pembuktianSalah Faham Amalan Sumpah: Persamaan dan Perbezaan Sumpah di Dalam Mahkamah dan Luar Mahkamah MalaysiaMisconceptions About the Practice of Oaths: Similarities and Differences Between Judicial and Non-Judicial Oaths In Malaysiatext::conference output::conference proceedings::conference paper10211121