Arfah Ab. Majid2024-05-312024-05-312022e-ISBN : 9789670001746https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18312E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2022 “Melestari Turath, Memartabat Falsafah, Memacu Peradaban”/ editor : Anita Ismail, Farah Laili Muda @ Ismail, Mashitah Sulaiman 19 Oktober 2022 (Secara Dalam Talian) Anjuran : Pusat Pengajian Teras Malaysia (USIM) Dengan Kerjasama :Institut Sains Islam (ISI), USIM, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei dan Universiti Islam Negeri (UIN), Sunan Kalijaga, Yokyakarta IndonesiaDialog antara agama sememangnya telah lama bertapak di Malaysia seawal era 80-an lagi terutamanya ketika penerapan nilai-nilai Islam mula dilaksanakan. Namun demikian, penyertaan masyarakat Malaysia dalam program dialog anatara agama terhad kepada golongan-golongan intelektual, pemimpin politik atau agama, pelajar institusi pendidikan tinggi dan ahli badan-badan bukan kerajaan. Kebanyakan karya ilmiah tentang dialog antara agama juga hanya dibahaskan dari ruang lingkup aspek teologi dan keagamaan semata-mata. Di Malaysia setakat ini, hampir tiada usaha ditemui untuk menerokai konsep dialog antara agama daripada dimensi sosio-psikologi. Justeru, objektif makalah ini adalah untuk meneroka konsep dialog antara agama dari dua perspektif iaitu teologi dan sosio-psikologi. Objektif seterusnya adalah untuk menilai rasional disebalik pelaksanaan dialog antara agama menurut dua pendekatan ini. Kaedah kajian kepustakaan telah digunakan untuk mencapai kedua-dua objektif ini. Hasil analisis mendapati bahawa, walau pun terdapat perbezaan dari segi konsep asas dan rasional pelaksanaan dialog antara agama untuk pendekatan teologi dan sosio-psikologi, namun matlamat akhir kedua-dua pendekatan ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan seterusnya menjalinkan hubungan yang harmoni antara masyarakat yang pelbagai etnik, agama dan budaya. Kajian akan datang boleh menumpukan pada usaha untuk menggabungkan pendekatan teologi dan sosio-psikologi dalam pelaksanaan dialog antara agama. Gabungan pendekatan teologi dan sosio-psikologi ini diharap dapat menghasilkan satu reka bentuk dialog yang lebih baik dan dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Dialog antara agama yang efektif sudah semestinya dapat menjadi wadah penyatupaduan dan keharmonian umtuk masyarakat yang pelbagai di Malaysia.otherDialog, agama, teologi, sosio-psikologi, MalaysiaDialog antara Agama: Analisis dari Perspektif Teologi dan Sosio-PsikologiArticle168180