Muhammad Adam Abd. AzidKhairulnazrin NasirRahim Kamarul ZamanAbdul Azib Hussain2024-05-292024-05-292023Abd. Azid, M.A., Nasir, K. , Kamarul Zaman, R. and Hussain, A.A. 2023. Perkembangan, Peranan Dan Sumbangan Pertubuhan Bukan Kerajaan Wanita Islam Di Malaysia: Satu Tinjauan Awal : The Development, Role & Contribution of Muslim Women’s Non-Governmental Organizations in Malaysia: A Preliminary Review. ‘Abqari Journal. 29, 1 (Sep. 2023), 232–251. DOI:https://doi.org/10.33102/abqari.vol29no1.427.2504-842210.33102/abqari.vol29no1.427https://abqarijournal.usim.edu.my/index.php/abqari/article/view/427/335https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/14146Journal of Islamic Social Sciences and Humanities (Al-'Abqari) Volume 29 No.1 Page (232-251)Pertubuhan Bukan Kerajaan wanita Islam juga merupakan antara Pertubuhan Bukan Kerajaan yang turut memainkan peranan penting dalam arena aktivismedi Malaysia. Pertubuhan ini terlibat secara aktif dalam aktiviti kebajikan dan mempengaruhi polisi kerajaan terutama melibatkan hal ehwal wanita. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji keberadaan dan penglibatan Pertubuhan Bukan Kerajaan wanita Islam di Malaysia terutama melibatkan isu-isu kewanitaan. Kertas kerja ini juga meneliti peranan dan sumbangan pertubuhan ini terhadap kaum wanita serta aspek-aspek yang perlu ditambah baik bagi memperkasakan peranan dan menjamin survival Pertubuhan Bukan Kerajaan wanita Islam di Malaysia. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif melalui kajian kepustakaan. Sejumlah 13 Pertubuhan Bukan Kerajaan wanita Islam telah dipilih untuk dijadikan sebagai sampel bagi kajian ini. Analisis mendapati, terdapat enamisu utama berkaitan wanita yang difokuskan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan wanita Islam iaitu isu pemerkasaan wanita, hak-hak wanita, kebajikan wanita, kepimpinan wanita, keagamaan wanita dan pendidikan wanita. Hasil kajian inipenting sebagai perhatian dan panduan olehPertubuhan Bukan Kerajaan WanitaIslam lebih-lebih lagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi memperkasakan lagi peranan Pertubuhan Bukan Kerajaan wanita Islamserta memastikan kesinambungan gerakan wanita Islam yang memartabatkan syariat Islam di MalaysiaotherPemerkasaan wanita; pertubuhan bukan kerajaan; wanita Islam; isu-isu wanitaPerkembangan, Peranan Dan Sumbangan Pertubuhan Bukan Kerajaan Wanita Islam Di Malaysia: Satu Tinjauan AwalThe Development, Role& Contributionof Muslim Women’s Non-Governmental Organizations in Malaysia: A Preliminary ReviewArticle232251291