Siti Nor Azhani Mohd ToharSiti Nor Baya Mat Yacob2024-05-312024-05-3120199789675852442http://ppt.usim.edu.my/wp-content/uploads/2019/11/eProsiding-i-STET-2019-latest.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18268E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2019 “Memartabatkan Turath Islami, Memacu Tamadun Multi Etnik”/ Penyunting : Mohd Azmir Mohd Nizah, Mashitah Sulaiman, Adibah Sulaiman @ Mohamad 19 Oktober 2019 (Pusat Pengajian Teras, USIM) Anjuran : Pusat Pengajian Teras Dengan Kerjasama: Pusat Wakaf dan Zakat, USIM dan Yayasan Taqwa Wilayah PersekutuanPemartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan di Malaysia masih dilihat agak ampuh walaupun dasar bahasa kebangsaan ini telah wujud dan diperjuangkan seawal kemerdekaan dalam usaha menyatupadukan kepelbagaian kaum. Justeru, makalah ini akan menelusuri sejarah perkembangan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka. Selain itu, cabaran dan masa depan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia turut dibahaskan dalam konteks realiti masa kini. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh diterjemahkan secara berbeza mengikut perbezaan lensa kaum. Dasar bahasa ini perlu seiring pelaksanaan dan pengukuhannya di semua jenis aliran pendidikan di Malaysia agar agenda penting penyatuan kaum dapat tercapai secara alami. Malahan peranan bahasa ini harus dihayati bersama dan bukan dijadikan agenda penghalang kemajuan negara.otherBahasa Melayu, bahasa kebangsaan, sistem pendidikan, perpaduan, multi etnik, identiti, kewarganegaraanSistem Pendidikan dan Pemartabatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di MalaysiaArticle299310