Nur Emilia Syafieka binti Ahmad NorizryNur Atiqah binti Mohd Razib @ Mohd RaziSyed Najihuddin Syed Hassan2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 9786297534374https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17598E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Penelitian ini mengangkat keberkesanan aktiviti dakwah di masjid atau di atas talian pada era baharu kini. Kehadiran media baharu serba sedikit menenggelamkan peranan institusi masjid dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dakwah. Mengambil kira perubahan kelompok masyarakat yang menjadi sasaran dakwah seiring dengan perubahan masa dan zaman, penyampaian dakwah yang lebih interaktif dan kreatif harus digerakkan dengan pelbagai cara agar menepati keperluan kelompok sasaran. Susulan itu, program dakwah tidak lagi terhad kepada ceramah, kuliah dan kelas pengajian secara tradisonal malah pelbagai bentuk program dakwah di media baharu seperti Facebook, aplikasi WhatsApp, Instagram, Youtube dan lain-lain. Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengenalpasti keberkesanan aktiviti dakwah yang dilakukan di masjid atau di atas talian pada masa kini. Kajian ini turut mengemukakan cabaran serta kesan usaha dakwah oleh institusi masjid serta atas talian. Metode yang digunakan adalah kualitatif dengan melakukan survey kepada 50 orang yang dipilih secara rawak bagi mengetahui permasalahan di kawasan lapangan. Berdasarkan penelitian ini, secara umumnya dapat dikatakan bahawa peranan pendakwah sangat penting dalam menangani isu-isu dakwah masa kini seiring dengan perkembangan teknologi yang berlaku bagi menjamin keberkesanan dalam berdakwah kerana ia dapat memberi kesan yang besar kepada peningkatan ketakwaan individu.otherDakwah, Masjid, Atas TalianKeberkesanan Aktiviti Dakwah di Masjid atau di Atas Talian: Satu PerbandinganArticle266276