Fatin Husna ZaidiNoornajihan Ja‘afarMuhammad Lukman Ibrahim2025-01-232025-01-232024Fatin Husna Zaidi, Noornajihan Ja‘afar, & Muhammad Lukman Ibrahim. (2024). Inventori Haqat (Hafazan Al-Quran Mudah dan Cepat) Bagi Murid Peringkat Permulaan (Mubtadi’). E-Proceedings International Language and Education Innovation Competition 2024 (I-INNOLED 2024), 65–69. https://drive.google.com/file/d/1kXBfQ8hgfxTD-TIcvCdleVmC_TnHXDq7/viewhttps://drive.google.com/file/d/1kXBfQ8hgfxTD-TIcvCdleVmC_TnHXDq7/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/26154E-Proceedings International Language and Education Innovation Competition 2024 (I-INNOLED 2024) “Navigating The Future of Language And Education In A Transformative Era” 15-16 October 2024 Organized by : Faculty Of Major Language Studies Editors: Lubna Abd. Rahman, Amiliayanti Abd Halim, Maziahtusima IshakAlat bantu hafazan (ABH) memainkan peranan penting dalam melancarkan proses hafazan al-Quran, terutamanya bagi para huffaz yang berada di peringkat permulaan. Wujud kepelbagaian ABH dalam bidang hafazan masih belum ditemui yang sesuai dan memenuhi keperluan buat murid tahfiz di peringkat permulaan. Ketiadaan ABH yang berbentuk praktikal telah menyebabkan murid dihambat dengan ketidakmampuan menghafaz serta penerapan kaedah hafazan yang diamalkan tidak menepati susunan kaedah yang telah digariskan oleh Model Hafazan al-Quran Malaysia. Maka usaha untuk menghafaz al-Quran dengan lebih berkesan maka para huffaz memerlukan panduan yang sistematik dan teratur. ABH seperti Inventori Hafal Quran Mudah dan Cepat (HAQAT) dibangunkan untuk memenuhi keperluan ini dengan menyediakan kaedah yang jelas dan berstruktur serta praktikal. Inventori Hafal Quran Mudah dan Cepat (HAQAT) dibangunkan berdasarkan model ADDIE yang meliputi fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian telah digunakan dengan teliti untuk memastikan reka bentuk dan pengembangan Inventori HAQAT memenuhi keperluan tersebut secara berkesan. Inovasi ini dibentuk hasil kerjasama bersama pakar dalam bidang hafazan al-Quran bagi memastikan bahawa ia disesuaikan dengan keperluan sebenar murid dan standard hafazan. Tambahan pula, tahap kebolehgunaan inovasi ini diselaraskan kepada semua murid tahfiz peringkat rendah, menengah dan institusi tinggi. Dapatan menunjukkan bahawa HAQAT telah memberikan impak yang positif terhadap kemampuan menghafaz dan motivasi dalam proses hafazan al-Quran. Inovasi ini tidak hanya terhad kepada sebuah ABH tetapi juga menyokong pelaksanaan dasar pendidikan tahfiz di Malaysia dalam menyumbang secara signifikan kepada murid-murid tahfiz mubtadi’ di peringkat kerajaan mahupun swasta serta memberikan manfaat kepada bahan bantu mengajar (BBM) buat para guru tahfiz. Dengan penerapan Inventori HAQAT, proses hafazan al-Quran dapat dilakukan dengan lebih efisien dalam meningkatkan pengalaman pembelajaran serta keberkesanan hafazan yang secara keseluruhannya menyumbang kepada kualiti pendidikan tahfiz yang lebih baik. Melalui inovasi Inventori HAQAT, impian seseorang untuk bergelar hafiz dan hafizah semakin mudah untuk dicapai serta seiring merealisasikan harapan kerajaan dalam melahirkan generasi penghafaz al-Quran seramai 125 000 huffaz menjelang tahun 2050.msInovasiInventori HAQATMubtadi’: Model ADDIEPendidikan TahfizInventori Haqat (Hafazan Al-Quran Mudah dan Cepat) Bagi Murid Peringkat Permulaan (Mubtadi’)text::conference output::conference proceedings::conference paper