Saipolbarin RamliNazri AtohZarima ZakariaSuo Yan Mei @ FatimahMohammad Sidik Ariffin2024-05-302024-05-3020181675-5936http://uijournal.usim.edu.my/index.php/uij/article/view/8https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15863Gaya bahasa pertanyaan yang menggunakan unsur tumbuh-tumbuhan adalah antara jenis gaya bahasa pertanyaan yang terdapat dalam Al-Quran. Penggunaan unsur tumbuh-tumbuhan dalam gaya bahasa ini secara tidak langsung turut menyentuh perbincangan dalam aspek psikologi dan tarbiyyah. Unsur psikologi merujuk kepada konteks penggunaan ayat Al-Quran yang dapat memberi kesan positif terhadap jiwa manusia. Manakala unsur tarbiyyah pula merujuk kepada konteks penggunaan ayat Al-Quran dalam mendidik manusia dengan menggunakan nilai kesantunan bahasa. Kajian ini melihat peranan unsur psikologi dan unsur tarbiyyah dalam gaya bahasa Al-Quran dan kesannya terhadap penyampaian mesej kepada manusia. Fokus perbincangan adalah dalam bidang analisis wacana dan al-Balaghat al-Arabiyyat. Kajian ini menggunakan metode historis dan metode dokumentari yang mengaplikasikan kaedah pengumpulan data secara kualitatif. Data menunjukkan bahawa elemen psikologi dan tarbiyyah yang terdapat dalam gaya bahasa pertanyaan tumbuh-tumbuhan dalam Al-Quran berperanan untuk memberi kefahaman yang jelas tentang isi kandungan Al-Quran di samping memaparkan aspek ketinggian dan kehalusan gaya bahasa Al-Quran.Unsur PsikologiUnsur TarbiyyahGaya bahasa pertanyaanAl-QuranAyat tumbuh-tumbuhanUnsur Psikologi Dan Tarbiyyah Dalam Gaya Bahasa Pertanyaan Al-Quran: Kajian Terhadap Ayat Tumbuh-TumbuhanThe Psychological and Educational Element in The Quran’s Question Language Style: A Study On The Plant VersesArticle536122