Hayati HussinAbdul Rahim AhmadNorullisza KhosimMuhammad Lukman Ibrahim2024-05-292024-05-292018Hussin, H. B., Ahmad, A. R., Khosim, N., & Ibrahim, M. L. (2018). Ghunyah Al-Talabah Bi Sharh Al-Tayyibah Karangan Al-Tarmasiy: Suatu Pengenalan Ringkas: Al-Tarmasiy Manuscript on Ghunyah Al-Talabah Bi Sharh Al-Tayyibah: An Introduction. Journal of Fatwa Management and Research, 13(1), 521-533. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol13no1.1892232-104710.33102/jfatwa.vol13no1.189https://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/189https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/13807Kertas kerja ini merupakan kajian terhadap manuskrip Ghunyah al-Talabah Bi Sharh al-Tayyibah karangan Muhammad Mahfuz al-Tarmasiy, seorang tokoh Nusantara yang pernah menjadi tumpuan para pencinta ilmu di dunia Arab serta pemilik tiang al-Masjid al-Haram berhampiran Bab al-Safa. Al-Tarmasiy telah mewariskan ensiklopedia ilmu-ilmu Islam yang pelbagai. Antaranya ialah ilmu serta kitab dan nukilan qiraat. Objektif kajian ini ialah untuk memperkenalkan karya al-Tarmasiy iaitu Ghunyah Al-Talabah Bi Sharh Al-Tayyibah. Metodologi kajian yang digunakan menjurus ke arah kajian kualitatif yang berbentuk analisis dokumen dengan bersumberkan maklumat dan data daripada dua naskhah salinan manuskrip asal beliau yang belum dinilai dan dihasilkan. Hasil kajian mendapati al-Tarmasiy telah membahagikan manuskrip ini kepada Bab al-Usul dan Bab al-Farsh. Keunikan yang ditampilkan di dalam kitab Ghunyah ialah isinya yang mengandungi qiraat imam sepuluh berpandukan manuskrip Tayyibah al-Nashr fi al-Qira’at Al-cAshr karangan Ibn al-Jazariy. Susunannya juga menggunakan bahasa arab fusha yang baik serta mengikut tatacara penulisan kitab mengikut tradisi semasa di zamannya. Selain daripada itu al-Tarmasiy juga menukilkan hadith di dalam manuskripnya ini pada tempat-tempat yang bersesuaian. Al-Tarmasiy mengambil berat terhadap sumber kedua di dalam perundangan Islam ini dengan membawa beberapa hadith di dalam manuskrip yang membincangkan berkaitan dengan qiraat. Walaupun perbahasannya menjurus kepada ilmu qiraat, beliau turut membawa dalil bersumberkan Sunnah Nabi s.a.w. dengan perbahasan yang mendalam. Usaha al-Tarmasiy dalam hal ini menempatkan kitab beliau setara dengan rujukan-rujukan qiraat yang lain. Implikasi kajian ini adalah membuka jalan kepada usaha tahkik manuskrip ini bagi dimanfaatkan secara optimum oleh para muqri’.otherQiraat NusantaraAl-TarmasiyGhunyah Al-Talabah Bi Sharh Al-TayyibahGhunyah Al-Talabah Bi Sharh Al-Tayyibah Karangan Al-Tarmasiy: Suatu Pengenalan RingkasAl-Tarmasiy Manuscript on Ghunyah Al-Talabah Bi Sharh Al-Tayyibah: An IntroductionArticle521533Special edition