Hussein Azeemi Abdullah ThaidiMuhamad Firdaus Ab RahmanAzman Ab Rahman2024-05-292024-05-292019Abdullah Thaidi, H. ‘Azeemi, Ab Rahman, M. F., & Ab Rahman, A. (2019). Analisis Strategi Pemerkasaan Asnaf Fakir dan Miskin Berdasarkan Hadis Lelaki Ansar: A Strategic Analysis of the Poor and Needy Aṣnāf empowerment Based on the Hadis of Man from Anṣār. Journal of Fatwa Management and Research, 17(2), 446–462. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol0no0.2932232-104710.33102/jfatwa.vol0no0.293http://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/293https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/13726Journal of Fatwa Management and Research Volume 17 No.2 Page (446-457)Islam amat menekankan soal pemerkasaan populasi fakir dan miskin. Usaha pemerkasaan ini dapat dilihat sejak dari zaman Nabi SAW di mana pengurusan berkesan dan pemesatan harta wakaf, zakat dan sedekah berlaku dengan optimum. Kemuncak kecemerlangan ini dapat dilihat pada era pemerintahan ʿUmar bin ʿAbd al-ʿAzīz di mana inisiatif pemerkasaan populasi miskin dilakukan dengan begitu efektif hinggakan amat sukar untuk menjumpakan golongan asnaf atau miskin yang layak menerima zakat. Pencapaian tersebut berbeza dengan realiti umat Islam hari ini. Dapatan kajian dari Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu mendapati sejumlah besar negara-negara Islam dikelaskan sebagai berpopulasi ‘miskin’ atau ‘miskin tegar’. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji metode yang digunakan oleh Nabi SAW dalam manyantuni golongan miskin. Hadis lelaki miskin Anṣār yang diriwayatkan oleh Anas bin Mālik telah dipilih kerana dipercayai mengandungi strategi yang komprehensif untuk memperkasakan golongan miskin. Kaedah penyelidikan secara induktif dan deduktif digunakan secara konsisten. Hasil kajian menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya tujuh strategi pemerkasaan yang dapat diekstrak dari hadis ini. Ia merangkumi penyelesaian keperluan asas, capaian dan akses mudah, proses tapisan kemampuan, perantara kewangan, kecairan tunai, sokongan teknikal serta pendidikan dan kesedaran. Strategi-strategi ini amat berpotensi untuk dilaksanakan oleh agensi yang terlibat dengan pemerkasaan populasi miskin agar inisiatif yang dijalankan mampu memberi impak sosial yang lebih berkesan.otherStrategi Pembasmian KemiskinanAsnafPopulasi MiskinHadisAnalisis Strategi Pemerkasaan Asnaf Fakir dan Miskin Berdasarkan Hadis Lelaki AnsarA Strategic Analysis of the Poor and Needy Aṣnāf empowerment Based on the Hadis of Man from AnṣārArticle446462172