Ainul Rasyiqah binti SazaliNurul ‘Atikah binti RahmanAsma’ binti AmmarSabihah binti Abdul Kadir2025-01-222025-01-222024Ainul Rasyiqah binti Sazali, Nurul ‘Atikah binti Rahman, Asma’ binti Ammar, & Sabihah binti Abdul Kadir3. (2024). Mempertingkatkan Penguasaan Tatabahasa Arab untuk Pemula: Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Padlet. E-Proceedings International Language and Education Innovation Competition 2024 (I-INNOLED 2024), 44–50. https://drive.google.com/file/d/1kXBfQ8hgfxTD-TIcvCdleVmC_TnHXDq7/viewhttps://drive.google.com/file/d/1kXBfQ8hgfxTD-TIcvCdleVmC_TnHXDq7/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/26151E-Proceedings International Language and Education Innovation Competition 2024 (I-INNOLED 2024) “Navigating The Future of Language And Education In A Transformative Era” 15-16 October 2024 Organized by : Faculty Of Major Language Studies Editors: Lubna Abd. Rahman, Amiliayanti Abd Halim, Maziahtusima IshakPada zaman era perkembangan teknologi terkini, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab perlu dikemaskini dan ditambahbaik agar pelajar tidak berasa mudah bosan dan ketinggalan. Perisian Padlet merupakan salah satu medium bagi membantu pelajar meningkatkan minat mereka dalam proses pembelajaran Bahasa Arab. Penggunaan aplikasi Padlet dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu alternatif dalam meningkatkan pencapaian dan prestasi pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk mempertingkatkan penguasaan tatabahasa Arab di kalangan pelajar melalui penggunaan perisisan Padlet. Bagi tujuan ini, pengkaji memberikan tugasan khusus yang berkaitan dengan tatabahasa Arab menggunakan perisian padlet. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan semasa dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Kajian ini melibatkan seramai 50 orang responden yang merupakan pelajar yang mempelajari subjek Bahasa Arab sebagai mata pelajaran elektif universiti pada semester 2 sesi 2023/2024 di tiga buah universiti yang berbeza; Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Hasil dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar bersetuju bahawa bahan pembelajaran di Padlet senang difahami, lengkap dan mudah diakses. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap minat murid terhadap perisian Padlet dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab adalah tinggi. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa aplikasi Padlet dapat meningkatkan pencapaian pelajar serta dapat menarik minat pelajar dalam pembelajaran Bahasa Arab secara tidak langsung. Kajian ini juga dapat memberi impak positif terhadap pendekatan pengajaran bahasa secara keseluruhan, dengan menawarkan satu model pembelajaran yang berkesan untuk mengatasi masalah penguasaan tatabahasa Arab di kalangan pelajar peringkat permulaan.mspembelajaran Bahasa Arabperisian padlettatabahasa ArabMempertingkatkan Penguasaan Tatabahasa Arab untuk Pemula: Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Padlettext::conference output::conference proceedings::conference paper