Siti Khadijah Ahmad TajuddinMuhammad Arif MusaAdnan Mohamed Yusoff2024-05-302024-05-302021-10-062811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16914PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021 “ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES” 6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H Faculty of Quranic and Sunnah Studies Universiti Sains Islam MalaysiaAl-Quran adalah sebuah kitab suci daripada Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai bimbingan dan panduan dalam kehidupan seharian bagi umat manusia. Kemukjizatan al-Quran ini telah memukau ramai pembaca kerana ia memiliki ketinggian bahasanya. Antara kaedah dalam memahami penjelasan al-Quran adalah melalui metafora ataupun ayat amthāl. Tujuan ayat amthāl adalah untuk membawa para pembaca lebih memahami atau mendekati kefahaman terhadap al-Quran. Gambaran mahupun perumpamaan yang dipersembahkan di dalam ayat amthāl mampu memberi kesan yang positif terhadap diri pembaca. Terjemahan al-Quran di dalam bahasa Melayu telah bermula pada abad ke-17. Namun demikian, di dalam penghasilan terjemahan kitab suci al-Quran memerlukan penterjemah yang menguasai ilmu-ilmu tafsir. Fokus kajian adalah untuk membincangkan kajian-kajian mengenai ayat amthāl terhadap terjemahan al-Quran berbahasa Melayu berdasarkan kajian-kajian lepas. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang berkonsepkan analisis kandungan terhadap artikel jurnal, buku, tesis dan sebagainya di dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat pelbagai kajian berkaitan dengan terjemahan al-Quran yang menyentuh dari segi metodologi, hadith, gaya bahasa dan lain-lain, akan tetapi, kajian terhadap terjemahan ayat amthāl di dalam al-Quran berbahasa melayu perlu kepada kajian tambahan terhadap kualiti terjemahan yang dilakukan.otherSorotan Literatur, Terjemahan, Amthāl, Al-QuranSorotan Literatur Terjemahan Ayat Amthāl Di Dalam Terjemahan Al-Quran Berbahasa MelayuArticle564577