Nur Ezzati Binti AnizamIfrah Hanani Binti BasorudinWirda Binti Azlan2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 9786297534374https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17599E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Zaman kini terus beredar mengikut kemajuan global, al-Quran dan hadis dilihat tetap realistik bagi memberi kefahaman kepada umat Islam dalam pelbagai aspek kehidupan. Al-Quran bukan sahaja membicarakan hubungan manusia dengan Allah SWT dan sesama manusia, malah turut merangkumi perihal dengan makhluk hidup yang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana di dalam surah al-Maidah (5): 95, secara kasarnya ada menyebutkan hubungan antara orang yang berihram dengan haiwan. Maka, jika diteliti dengan lebih lanjut, terdapat beberapa kelompok haiwan di dalam Islam yang perlu difahami dalam menilai skop interaksi antara orang yang berihram dengan haiwan. Antara yang tergolong dalam kategori itu ialah kelompok haiwan fasiq. Hal ini sangat penting kerana sudut perbahasan tidak hanya terhad bagi orang berihram, bahkan turut digunakan bagi orang Muslim yang lain. Malah, pandangan al quran dan hadis berkaitan haiwan fasiq amat berbeza dengan pandangan masyarakat kini. Sehubungan itu, kajian ini akan merungkaikan perbahasan berkaitan haiwan fasiq menurut perspektif al quran dan hadis serta rumusan fuqaha' mengikut aspek hubungannya dengan orang Muslim.otherHaiwan fasiq, perspektif Al Quran dan Sunnah, MuslimHaiwan Fasiq Menurut Perspektif Al Quran dan As SunnahArticle131143