Khairul Asyraf Mohd NathirMohd Sukki OthmanNik Farhan MustaphaWan Muhammad Wan Sulong2024-05-282024-05-28202022/10/20202289-8204https://doi.org/10.11113/umran2020.7n1.365https://jurnalumran.utm.my/index.php/umran/article/view/365/pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/5714Volume :7 No:1Kajian hari kiamat merupakan satu bentuk perkembangan ilmu tauhīdmengenai keimanan dan kepercayaan terhadap kewujudan hari kiamat. Dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini (1988-2018), terdapat 23 kajian yang telah dilakukan dalam dimensi yang berbeza dengan menfokuskan kepada tanda dan rahsia hari kiamat. Kajian tersebut dihasilkan sama ada berbentuk pengumpulan bahan, perbahasan dalam karya berbentuk kitab, kajian bagi memenuhi syarat memperoleh ijazah akademik dan artikel yang diterbitkan dalam jurnal atau kertas kerja seminar. Tujuan kajian ini adalah untuk menyoroti perkembangan kajian hari kiamat menerusi beberapa dimensi yang berbeza. Justeru itu, kajian kualitatif ini akan meninjau literatur kajian hari kiamat dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dan berpandukan jadual matrik ‘Systematic Literature Review(SLR)’ dengan bantuan program Atlas.ti 8. Analisis sistematik ini menfokuskan kepada latar belakang kajian, objektif kajian, reka bentuk yang digunakan dan dapatan hasil kajian tersebut. Dapatanyang diperolehi mendapati, kajian hari kiamat ini telah dipecahkan kepada tiga bentuk tema utama iaitu kajian berdasarkan al-Qur’an dan hadith, kajian melalui tatabahasa Arab dan kajian berbentuk penerokaan yang baharu iaitu melihat dari sudut pemahaman pelajar berkaitan hari kiamat. Daripada tiga tema tersebut, terdapat 12 sub-tema yang telah dikeluarkan.en-USHari kiamat, al-Qur’an, Hadith, tatabahasa Arab, Sorotan literatur secara sistematikPola Kajian Hari Kiamat: Sorotan 30 Tahun Literatur Secara Sistematik (1988-2018)Research on Judgment Day: 30thYears Systematic Literature Review (1988-2018)Article8510171