Azman, A.RA.RAzmanIrwan, M.SM.SIrwanMahazan, A.MA.MMahazanWan Mohd. Fazrul Azdi, W.RW.RWan Mohd. Fazrul AzdiNuradli Ridzwan Shah, M.DM.DNuradli Ridzwan ShahRose Irnawaty, IbrahimIbrahimRose IrnawatyNorlina Ismail2024-05-292024-05-2920152232-1047http://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/79https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/13537Penyebaran dakwah Islamiyah di Malaysia memberi kesan positif terhadap peningkatan bilangan mualaf. Sebelum memeluk Islam, seseorang itu perlulah mengetahui prosedur pengislaman agar tidak timbul masalah setelah menjadi Muslim. Setelah memeluk agama Islam, pembangunan seseorang mualaf itu sangat penting untuk memastikan mereka berada di landasan yang benar. Persatuan-persatuan seperti Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), PERKIM, KIMMA, MRA dan IPSI amatlah penting untuk memastikan kebajikan, perlindungan dan bimbingan terhadap mualaf. Justeru, kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji prosedur pengislaman di Negeri Sembilan disamping melihat peranan MACMA Negeri Sembilan dalam memastikan pembangunan para mualaf terutamanya yang berbangsa Cina setelah memeluk Islam. Kajian mendapati prosedur pengislaman di Negeri Sembilan adalah berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 Bahagian IX- Memeluk Agama Islam yang diuruskan oleh Pusat Dakwah Islamiyah, Paroi dibawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Peranan utama MACMA Negeri Sembilan adalah memberi bimbingan fardu ain dan menjaga kebajikan mualaf disamping menjalankan dakwah kepada kaum Cina di Negeri Sembilan. Kajian ini dapat memperkemas pengurusan MACMA Negeri Sembilan seterusnya memberi maklumat kepada mualaf tentang prosedur pengislaman di Negeri Sembilan. Kajian ini mencadangkan agar prosedur pengislaman di negeri-negeri lain turut dianalisis dan dibandingkan.otherProsedur pengislamanMualafNegeri SembilanPersatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA)Negeri Sembilan.Prosedur Pengislaman Mualaf di Negeri Sembilan: Kajian di Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma)Article14916661