Abdul Manan IsmailAhmad Syukran Baharuddin2024-05-292024-05-292023Ismail, A. M. ., & Baharuddin, A. S. (2023). Prinsip Keanjalan Fatwa Menurut Perspektif Syarak: The Principle of Flexibility of Fatwa According to Syarak’s Perspective. Journal of Fatwa Management and Research, 28(3), 159–171. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol28no3.5580127-888610.33102/jfatwa.vol28no3.558https://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/558/491https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/13703Journal of Fatwa Management and Research (JFatwa) Volume 28 No.3 Page (159-171)Fatwa boleh ditakrifkan sebagai suatu penerangan mengenai hukum Syarak iaitu Undang-Undang Islam yang mengikut Al-Quran dan Sunnah Rasul Allah SWT. Sesuatu fatwa yang dikeluarkan tersebut bersifat anjal kerana ia boleh berubah mengikut perubahan yang merangkumi aspek masa, tempat, situasi dan realiti. Walau bagaimanapun, keanjalan tersebut mestilah berdasarkan kepada beberapa garis panduan yang telah ditetapkan oleh Syarak. Oleh itu, kajian ini akan memperjelaskan prinsip keanjalan fatwa menurut perspektif Syarak. Kajian berbentuk kualitatif ini telah menggunakan metode dokumentasi sebagai kaedah kajian. Data yang diperoleh kemudiannya akan dianalisis secara analisis dokumen bagi mencapai matlamat kajian. Hasil kajian menunjukkan, syariat Islam mempunyai dua komponen utama iaitu thabat yang merangkumi usul dan nilai manakala anjal berkaitan perkara cabang dan hal ehwal dunia. Berdasarkan kepada prinsip keanjalan fatwa, sesuatu fatwa boleh menerima perubahan berdasarkan kepada perubahan masa, keadaan, realiti dan tempat. Oleh itu, keanjalan hukum ini amat signifikan dalam memutuskan kemaslahatan manusia seiring peredaran zaman dan tempat.otherFatwa, prinsip keanjalan, SyarakPrinsip Keanjalan Fatwa Menurut Perspektif SyarakThe Principle of Flexibility of Fatwa According to Syarak’s PerspectiveArticle159171283