Mohd Zahir Abdul RahmanMuhammad Akmalludin Mohd HamdanMohd Nor Adzhar IbrahimMohamad Hafizuddin Mohamed NajidSyed Mohamad Zainudin Bichk Koyak2025-12-222025-12-222025Mohd Zahir Abdul Rahman ,Muhammad Akmalludin Mohd Hamdan,Mohd Nor Adzhar Ibrahim,Mohd Sobri Ellias,Mohamad Hafizuddin Mohamed Najid,Syed Mohamad Zainudin Bichk Koyak. (2025). Waswas dalam Pandangan Al-Quran dan Solusi Sarjana Muslim Global di Platform Media Baru. International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025), 179–188. https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/2811-3411https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28327International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025) : Maqasid al-Quran and the Madani Vision: A Guiding Light for Regional Serenity and Global Unity Organized by : Faculty of Quranic and Sunnah Studies, in collaboration with Nasyrul Quran and Daffodil International University, Bangladesh. Date:12-13 November 2025Waswas merupakan fenomena kerohanian yang memberi kesan langsung terhadap ibadah, akidah, dan kestabilan emosi umat Islam. Al-Quran menggariskan konsep waswas dengan jelas, khususnya melalui ayat-ayat yang menekankan bisikan syaitan serta kelemahan jiwa manusia. Dalam era digital, wacana mengenai waswas semakin meluas bukan sahaja dalam karya tafsir klasik dan kontemporari, tetapi juga melalui platform media baru iaitu YouTube. Artikel ini bertujuan meneliti pandangan al-Quran tentang waswas serta menganalisis solusi yang diketengahkan oleh sarjana Muslim kontemporari di media sosial. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan dengan meneliti kuliah, ceramah, dan penulisan digital oleh enam sarjana Muslim dari pelbagai wilayah, termasuk Alam Melayu, Barat, Asia Tengah dan Asia Selatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa sarjana Muslim menekankan strategi Qurani yang bersifat kerohanian seperti zikrullah dan doa, disamping menghubungkannya dengan pendekatan psikologi moden dalam menangani gangguan obsesif-kompulsif (OCD. Dapatan ini memperlihatkan bahawa media baru berperanan penting sebagai saluran dakwah dan pendidikan, di samping menjadi medium efektif dalam menghapus salah faham masyarakat terhadap konsep waswas menurut al-Quran.msAl-QuranWaswasSarjana Muslim KontemporariSolusiMedia BaruContemporary Muslim ScholarsSolutionsNew MediaWaswas dalam Pandangan Al-Quran dan Solusi Sarjana Muslim Global di Platform Media Barutext::conference output::conference proceedings::conference paper179188