Nur Amirah Che Soh2024-05-272024-05-2720202022-1-32289-17062501-210.17576-2020-0802-05https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/3298Ambilan giliran bertutur merupakan pergantian yang berlaku dalam kalangan peserta perbualan. Setiap perbualan berlaku secara semula jadi dan tanpa sebarang skrip ataupun perancangan giliran. Oleh itu, kajian ini akan membincangkan ambilan giliran bertutur dalam bual bicara radio dengan memilih data perbualan menerusi radio. Radio IKIMfm merupakan salah satu radio yang berdaftar dengan SKMM dan menggunakan 95% bahasa Melayu sebagai medium penyampaian. Radio berkonsepkan islamik menyajikan beberapa segmen rancangan seperti Warna Pagi, Aspirasi, Destinasi dan Ekspresi. Sebahagian besar slot dalam radio IKIMfm ini berbentuk bual bicara interaktif yang melibatkan tanya jawab dalam perbualan. Tanya jawab ini yang menyebabkan berlakunya ambilan giliran bertutur dalam kalangan peserta bual bicara. Oleh hal yang demikian, kajian ini akan dihuraikan berdasarkan objektif kajian, iaitu mengenal pasti ambilan giliran bertutur dalam bual bicara radio IKIMfm. Perbincangan akan dilakukan berfokuskan pada slot Keajaiban Berlapar menerusi Usrah Nurani segmen Destinasi dengan memanfaatkan Teori Pengambilan Giliran yang dipelopori oleh Sacks, Schegloff dan Jefferson (1974) dan dikemukakan semula oleh Liddicoat (2011). Liddicoat (2011) telah menggariskan tiga aturan ambilan giliran, iaitu penutur semasa memilih penutur berikutnya, pemilihan diri sendiri sebagai penutur berikutnya dan penutur semasa meneruskan perbualan. Hasil dapatan kajian mendapati ketiga-tiga peraturan pengambilan giliran yang dikemukakan dalam Teori Pengambilan Giliran oleh Liddicoat (2011) berlaku dalam kalangan peserta bual bicara radio slot Keajaiban Berlapar, Usrah Nurani. Secara keseluruhannya, kajian ini membincangkan ambilan giliran bertutur yang berlaku dalam bual bicara radio yang menunjukkan bahawa kepentingan ilmu pengambilan giliran semasa berbual.Giliran bertutur; Radio; Perbualan; Peserta perbualan; Bual bicaraAmbilan giliran bertutur dalam bual bicara radio IKIMFMTurn-Taking in Radio Talks of IKIMFMArticle414982