Mohammad Imran Bin AhmadMohammad Najib Jaffar2024-05-282024-05-2820172289-8042https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/119https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/6263VOL. 4 NO. 2Kajian ini adalah berdasarkan kepada kajian awal terhadap analisis keperluan linguistik bagi model Bahasa Arab Untuk Pelancongan Islam. Kajian ini berasaskan kepada teori Analisis Keperluan Bahasa yang dipelopori oleh Hutchinson dan teori Waters yang mengumpul maklumat mengenai keperluan pelancong Arab dan pengamal industri pelancongan yang terdiri daripada tiga elemen; keperluan (necessities), kekurangan (lacks) dan kehendak (wants). Keperluan adalah untuk mengesan faktor pelancong Arab memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan Islam. Manakala kekurangan meninjau persepsi mengenai penggunaan bahasa Arab dalam sektor pelancongan Islam. Kehendak pula mengkaji kehendak pelancong Arab terhadap penggunaan bahasa Arab sebagai bahasa pelancongan Islam. Kajian ini akhirnya mencadangkan modul bahasa Arab untuk pelancongan Islam kepada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Lembah Klang, Malaysia.en-USBahasa Arab Pelancongan Islam, Analisis Keperluan, Keperluan, Kekurangan, KehendakModel Analisis Keperluan Bahasa Arab Untuk Pelancongan Islam: Kajian AwalArticle17719142