Mujahid Ahmad LutfiKhairul Anuar Mohamad2024-05-302024-05-302019-10-08The 6th International Conference On Quran As Foundation Of Civilization (Swat) 2019/ Edited By : Dr. Nurulwahidah Fauzi, Dr. Samer Najeh Abdullah Samarh, Dr. Mesbahul Hoque ,Dr. Tazul Islam978-967-440-682-0https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16835THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2019/ EDITED BY : DR. NURULWAHIDAH FAUZI, DR. SAMER NAJEH ABDULLAH SAMARH, DR. MESBAHUL HOQUE ,DR. TAZUL ISLAM “AL QURAN RAHMATAN LIL A’LAMIN: VISION AND CHALLENGES” 8th – 9th October 2019 / 9 – 10 Safar 1441H Hosted By : Faculty Of Quranic And Sunnah Studies, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)Kertas kerja ini akan membincangkan syarat-syarat yang diletakkan oleh ulamak dalam bidang qiraat berkaitan seseorang yang mempunyai gelaran muqri’ atau pun seorang yang mengajar al-Quran. Ini adalah berdasarkan apa yang dinyatakan oleh al-Imām al-Nuwayrī (m.857H) di dalam kitab beliau yang bertajuk Syarḥ Ṭoyyibah al-Nashr Fī al-Qirāāt al-‘Ashr. Pemahaman berkaitan syarat muqri’ ini penting kerana ia berkait rapat dengan kaedah pengajian al-Quran berasaskan talaqqi dan pengijazahan sanad yang diamalkan secara semakin meluas di kalangan umat Islam mutakhir ini. Amalan talaqqi al-Quran merupakan satu Sunnah yang amat mulia dan perlu dijaga keaslian dan keabsahannya setanding dengan apa yang diwariskan oleh Nabi Muḥammad SAW dan para ulamak sejak zaman berzaman hingga ke hari ini. Keistimewaan umat Islam terserlah di dalam amalan talaqqi berguru dan bersandarkan kepada sanad yang merupakan susur galur berterusan sehingga kepada Nabi Muhammad SAW. Ini merupakan usaha murni bagi memastikan apa yang diriwayatkan sahih dan benar, serta tidak dapat dipertikaikan oleh mana-mana pihak terutamanya musuh-musuh Islam. Oleh itu, setiap penuntut ilmu al-Quran hendaklah memastikan diri mereka mematuhi syarat-syarat yang telah digariskan oleh para ulamak dalam memastikan tidak berlaku kesilapan dalam proses pengajian dan pengajaran al-Quran. Justeru, kajian ini mendapati bahawa seorang muqri’ perlu menjaga hal-hal khusus berkenaan keahliannya sebagai muqri’ dari segenap sudut seperti akhlak, penampilan, ilmu, dan adab-adab dalam halaqah pengajian. Selanjutnya, beliau perlu jelas akan kepakaran dalam bahagian ilmu al-Quran yang layak diajar olehnya selari dengan apa yang dipelajari daripada gurunya. Bahkan, kajian ini juga menjelaskan secara ringkas hukum mengajar al-Quran di jalanan dan hukum mengambil upah mengajar al-Quran di sisi Fuqaha’.otherMuqri, Al-Nuwayri, ToyyibahMuqri’ Dalam Talaqqi Al-Quran Menurut Al-Imām Al-Nuwayri Dalam Muqaddimah Sharḥ Ṭoyyibah Al-Nashr Fī Al-Qiraat Al-‘AshrArticle314325