Mohd Fauzi Mohd AminAbdulloh SalaehNidzamuddin ZakariaAmran Abdul HalimSyed Najihuddin Syed HassanWalid Mohd SaidMahsor Yahya2024-05-302024-05-302020-10-292756-8156www.penerbit.usim.edu.myhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17218Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 Paper No. BM019 385 - 400Kitab Tanbih Al-Ghafilin ditulis oleh Sheikh Abdullah Abdul Mubin Al-Fatani. Kitab ini membicarakan hadith-hadith berkaitan dosa-dosa besar, kitab ini mengandungi dua belas bab. Bab-bab tersebut ialah seksa orang yang meninggalkan sembahyang, seksa orang yang derhaka kepada ibu bapanya, seksa peminum arak dan tuak, seksa orang yang berbuat zina dan berliwat, seksa orang yang makan riba, seksa orang yang menangis berbunyi sebak, seksa orang yang tidak memberi zakat, seksa orang yang membunuh, seksa hak perempuan atas suaminya, haru hara kiamat dan menyatakan syurga dan segala isinya. Dalam bab seksa peminum arak terdapat lima hadith yang disebutkan oleh pengarang, hadith-hadith tersebut hanya dinyatakan terjemahan dalam bahasa Melayu, tidak dinyatakan sumber dan perawinya daripada kitab-kitab hadith, tidak diterangkan status hadith samada sahih, hasan, dhaif dan sebagainya. Bagi menilai hadith-hadith tersebut penulis menggunakan kaedah takhrij hadith yang telah ditetapkan oleh ulamak hadith dengan gabungan carian hadith secara traditional dan elektronik. Dalam menentukan status hadith penulis berpegang dan berpandukan pandangan ulamak hadith yang muktabar. Hasil kajian secara amnya penulis mendapati ada beberapa hadith sahih, hadith hasan, hadith dhif, hadith maudhu’ dan ada juga hadith yang tidak dijumpai dalam kitab-kitab hadith setelah carian dan menggunakan semua jenis takhrij hadith yang telah ditetapkan oleh ulamak hadith.otherPenilaian Hadith-Hadith Al-Khamru Dalam Kitab Tanbih Al-Ghafilin Oleh Sheikh Abdullah Bin Abdul MubinArticle385400