Che Pa, H.H.Che PaNor Muhammad, N. H.N. H.Nor MuhammadMustar, S.S.Mustar2024-05-302024-05-3020162590-4396http://mjsl.usim.edu.my/index.php/jurnalmjsl/article/view/12https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15722Kewujudan dua sistem undang-undang sivil dan syariah di Malaysia berkaitan rapat dengan perkembangan sejarah undang-undang di negara ini bermula dengan undang-undang adat Melayu/Islam sehinggalah penggunaan korpus undang-undang Common Law dan Kaedah Ekuiti dan undang-undang Inggeris. Dalam artikel ini, analisis dibuat terhadap institusi kehakiman, khususnya bidang kuasa Mahkamah Syariah sebelum dan selepas merdeka bagi perkara yang berkaitan dengan Islam. Kesan pindaan Perkara 121(1A) Perlembagaan akan dikaji termasuk campur tangan Mahkamah Sivil dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah walaupun pindaan selepas pindaan dibuat dan terdapatnya keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan perkara yang berkaian dengan orang Islam/Islam adalah di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah. Artikel ini juga bertujuan untuk membincangkan tentang bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah dan kesan pindaan Perkara 121(1A) dengan membuat analisis terhadap perkembangan awal hingga terkini Mahkamah Syariah. Perhubungan di antara kerajaan persekutuan dan negeri (federalisme) dan pengharmonian undang-undang/institusi kehakiman sivil dan syariah juga dibincangkan. Analisis juga telah dibuat terhadap beberapa kes penting yang berkaitan dengan bidang kuasa mahkamah dan beberapa cadangan telah dikemukakan bagi mengukuhkan lagi bidang kuasa Mahkamah Syariah selaras dengan pindaan Perkara 121(1A) Perlembagaan.Undang-undang IslamBidang kuasa Mahkamah Syariahpengasingan kuasafederalismePerkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.Bidang Kuasa Eksklusif Mahkamah Syariah Selepas Pindaan Perkara 121(1a) Perlembagaan Persekutuan: Satu PenilaianArticle556841