Muhammad Syauqi ShabriMuhammad Al Ameen Mohd IskandarAbbas Thaqif Mohd NizamSyed Najihuddin Syed Hassan2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 978-629-7534-37-4https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17651E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Pembelajaran dan pengajaran hadith telah berkembang seiring dengan kemajuan teknologi moden. Menggunakan penganalisis data berasaskan laman sesawang merupakan salah satu pendekatan terkini dalam pencarian dan juga penilaian hadith. Laman sesawang Sunnah.com merupakan salah satu sistem pencarian yang menyediakan maklumat yang sahih, komprehensif dan juga bermanfaat berkaitan dengan as-Sunnah melalui pelbagai rujukan kitab-kitab hadith dalam memudahkan penyelidikan dilakukan dan secara tidak langsung mempromosikan sunnah Nabi SAW secara meluas. Kajian ini dijalankan untuk menilai tahap pengetahuan para pelajar terhadap laman sesawang Sunnah.com. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat kefahaman para pelajar terhadap penggunaan laman sesawang ini. Kajian ini turut menganalisis akan kelebihan dan juga kekurangan laman sesawang Sunnah.com. Ketiga-tiga objektif ini dipilih adalah untuk menjelaskan keistimewaan dan kelebihan yang terdapat pada laman sesawang ini. Kaedah kajian yang dilaksanakan ialah kaedah kuantitatif iaitu pengumpulan data dalam kalangan para pelajar USIM, khususnya para pelajar Tahun 4, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. Hasil kajian mendapati bahawa para pelajar mengetahui dengan baik tentang laman sesawang Sunnah.com dan seterusnya tahu cara menggunakannya.otherLaman Sesawang, Sunnah.com, Hadith.Laman Sesawang Sunnah.Com: Penggunaannya dalam Kalangan Pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)Article111