Malai Nurfarhanah Ilyana Malai HashimSiti Zaidah ZakariaSuhaizad Saifuddin2026-01-062026-01-062025Malai Nurfarhanah Ilyana binti Malai Hashim, . Siti Zaidah binti Zakaria, Suhaizad bin Saifuddin . (2025). Kebolehterimaan Rakaman Audio dan Video Sebagai Keterangan di Mahkamah Syariah dan Sivil Di Malaysia: Analisis Perundangan Perbandingan. International Conference on Syariah, Law and Science (CFORSJ I-CONF) - CFORSJ Procedia, 3(1), 534-548. https://alnadwah.usim.edu.my/cforsjprocedia/paper/view/176https://alnadwah.usim.edu.my/cforsjprocedia/paper/view/176https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28368Penerimaan keterangan berbentuk rakaman audio dan video dalam prosiding Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia menunjukkan perkembangan signifikan seiring kemajuan teknologi digital. Bukti berasaskan multimedia kini memainkan peranan penting dalam memperkukuh fakta kes, namun menimbulkan persoalan berkaitan ketulenan, kebolehpercayaan, serta kesahihan prosedur pembuktian di sisi undang-undang. Kajian ini meneliti isu dan implikasi perundangan berhubung kebolehterimaan rakaman audio dan video sebagai bahan keterangan, dengan tumpuan khusus terhadap amalan di Mahkamah Syariah. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis dokumen kualitatif melibatkan perbandingan antara peruntukan undang-undang, keputusan kes mahkamah, serta pandangan sarjana hukum Syariah dan sivil. Dapatan kajian menunjukkan bahawa meskipun Mahkamah Sivil memperuntukkan mekanisme khusus melalui Seksyen 90A hingga 90C Akta Keterangan 1950, Mahkamah Syariah pula masih bergantung kepada tafsiran umum di bawah Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Sabah) 2004. Perbezaan ini menimbulkan cabaran dari segi ketulenan bukti digital, dan keperluan kepakaran teknikal. Kajian ini juga menekankan kepentingan peranan pakar forensik digital dalam menilai bukti berasaskan teknologi agar keputusan kehakiman tidak terjejas oleh manipulasi digital atau kelemahan teknikal. Justeru, kajian mencadangkan penambahbaikan melalui pewujudan garis panduan pengesahan teknikal, latihan digital kepada pegawai kehakiman, serta harmonisasi perundangan antara sistem sivil dan Syariah. Implikasi kajian ini diharap dapat memperkukuh integriti sistem perundangan dan memastikan keadilan Islam terpelihara dalam era digital.msDigital EvidenceAudio and Video RecordingsAuthenticityReliabilityEvidence LawKeterangan DigitalRakaman Audio dan VideoKetulenanKebolehpercayaanUndangUndang KeteranganKebolehterimaan Rakaman Audio dan Video Sebagai Keterangan di Mahkamah Syariah dan Sivil Di Malaysia: Analisis Perundangan PerbandinganThe Admissibility of Audio and Video Recordings as Evidence in the Shariah and Civil Courts in Malaysia: A Comparative Legal Analysistext::conference output::conference proceedings::conference paper534548