Noor Lizza Mohamed SaidWan Amirul Adli Wan AyubMohd Zamro MudaAdnan Mohamed YusoffMohd Izhar Ariff Mohd Kashim2024-05-282024-05-28201920/2/20200126-563610.17576/islamiyyat-2019-4001-08https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/article/view/36938https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/5879Volume :41 No:2Kemunculan produk amanah dalam perancangan dan pengurusan harta orang Islam dikatakan sebagai instrumen yang boleh mengatasi masalah dalam isu berkaitan harta pusaka. Mengamanahkan pihak lain untuk mengurus harta sama ada semasa hidup atau selepas kematian merupakan bentuk pengamanahan yang diamalkan oleh masyarakat Islam pada hari ini. Dalam perundangan Islam terdapat pelbagai bentuk pengamanahan sama ada disandarkan kepada keadaan sebelum atau selepas kematian. Kedua-dua situasi tersebut mempunyai konsep pengamanahan yang berbeza yang menghasilkan natijah hukum berbeza. Oleh yang demikian, kajian ini mengkaji konsep amanah yang sesuai yang boleh diaplikasikan sebagai instrumen pengurusan harta amanah orang Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kaedah analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Hasil kajian mendapati terdapat dua konsep amanah dalam Islam yang boleh dijadikan instrumen amanah dalam perancangan dan pengurusan harta orang Islam iaitu wakÉlah dan wiÎōyah. Kedua-dua konsep ini mempunyai rukun dan syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi bagi membolehkan akad berkuat kuasa. Penggubalan undang-undang berkaitan produk amanah harta orang Islam perlulah dibuat secara lebih terperinci oleh pihak yang berautoriti sebagai panduan pihak industri dalam menawarkan produk berkaitan amanah harta orang Islam.otherAmanah; Perancangan; Pengurusan; Harta; ProdukPengamanahan Dalam Perancangan Dan Pengurusan Harta Orang IslamTrust in Planning and Management of Islamic PropertyArticle7179412