Abd Muhaimin Bin AhmadSabri MohamadHaziyah Hussin2024-05-282024-05-2820182229-9130http://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=408https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/7094Ru'us al-ay (kepala ayat) merupakan tempat yang seringkali para qari menghentikan (waqaf) bacaan al- Quran padanya. Hukum menghentikan bacaan pada ru'us al-ay ini adalah berbeza-beza kerana sebahagiannya merupakan waqaf tam, manakala sebahagian yang lain pula adalah kafi dan hasan, bahkan sebahagian yang lain adalah qabih. Perbezaan hukum waqaf pada ru'us al-ay bertambah rumit apabila para ulama fawasil berbeza pendapat dalam menentukan ru'us al-ay kepada tujuh mazhab dan mazhab-mazhab ini menjadi sandaran muktamad dalam penentuan ru'us al-ay bagi setiap qiraat mutawatirah. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis ru'us al-ay yang diperselisihkan dalam kalangan ulama fawasil, dengan memberikan fokus kepada ru'us al-ay yang dinilai sebagai waqaf qabih, serta menganalisis sebab berlakunya waqaf qabih tersebut. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah analisis kandungan, dengan mengenalpasti ru'us al-ay yang diperselisihkan oleh ulama cadad, kemudian ia dianalisis dari sudut tatabahasa Arab dan 2 maksud ayat bagi mendapatkan hukum waqaf pada ru'us al-ay tersebut. Dapatan daripada kajian ini mendapati bahawa taburan waqaf qabih ini wujud pada setiap mazhab fawasil, dan ia dinilai sebagai waqaf qabil kerana tidak memberikan sebarang maksud (adam ifadah al’-mana) pada ayat tersebut ketika waqaf. Kepentingan kajian ini dapat dilihat menerusi sumbangannya dalam mengenal pasti waqaf qabil pada ru'us al-ay yang diperselisihkan dalam mazhab fawasil, yang mana ia mempunyai kesan dalam hukum bacaan dan tanda waqaf dalam percetakan mushaf bagi Qira`at al-`Asyr al-Mutawatirah.otherwaqaf qabih, ru'us al-ay, fawasilWaqaf Qabih Pada Ru'us Al-Ayi Yang Diperselisihkan Oleh Para Ulama' FawasilArticle446622