Putri Nurhaziqah SaifulhizamAbdul Karim Ibrahim2026-01-072026-01-072025Putri Nurhaziqah Saifulhizam & Abdul Karim Ibrahim . (2025). Cabaran Peruntukan Pelaksanaan Diyat dalam Undang- Undang Jenayah Syariah: Analisis Terhadap Enakmen Negeri Kelantan. International Conference on Syariah, Law and Science (CFORSJ I-CONF) - CFORSJ Procedia, 3(1), 295-302. https://alnadwah.usim.edu.my/cforsjprocedia/paper/view/157https://alnadwah.usim.edu.my/cforsjprocedia/paper/view/157https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28395Kajian ini membincangkan isu pelaksanaan diyat sebagai salah satu bentuk hukuman dalam undang-undang jenayah Syariah di Malaysia dengan memberi fokus kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 (Pindaan 2015). Walaupun diyat mempunyai asas yang kukuh dalam hukum Islam dan telah diperuntukkan secara jelas dalam enakmen Kelantan, pelaksanaannya masih terhalang oleh kekangan bidang kuasa Mahkamah Syariah di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) serta peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti konsep dan asas pelaksanaan diyat menurut hukum Syariah serta bentuk penerjemahannya dalam sistem perundangan jenayah Syariah di Malaysia, menilai sejauh mana cabaran enakmen negeri Kelantan memperuntukkan diyat secara konsisten dan jelas, dan mencadangkan penambahbaikan terhadap pelaksanaan diyat dan prosedur kehakiman terlibat. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti konsep dan asas diyat menurut Syariah, menilai cabaran substantif serta teknikal dalam peruntukan enakmen negeri, dan seterusnya mencadangkan penambahbaikan agar diyat dapat dilaksanakan secara lebih berkesan. Melalui metodologi kualitatif berbentuk analisis doktrinal terhadap sumber primer seperti enakmen negeri, akta persekutuan, al-Quran, hadis dan pandangan fuqaha serta sumber sekunder termasuk jurnal, artikel, tesis dan temu bual bersama pakar Syariah, kajian ini mendapati bahawa wujud ketidakseragaman yang ketara antara negeri-negeri di Malaysia dalam memperuntukkan hukuman diyat. Keadaan ini menimbulkan implikasi serius terhadap prinsip keadilan apabila hak mangsa dan waris bergantung kepada negeri di mana kes berlaku, bukannya kepada prinsip undang-undang Islam yang konsisten. Selain itu, ketiadaan garis panduan standard mengenai kadar, bentuk pembayaran serta mekanisme pelaksanaan diyat telah menyulitkan proses kehakiman Syariah. Kajian ini mencadangkan agar diwujudkan suatu model penyelarasan undang-undang di peringkat nasional dengan mengambil kira realiti sosioekonomi masyarakat Malaysia, termasuk penggunaan instrumen moden seperti emas, perak atau kadar kewangan semasa bagi menggantikan unta yang disebut dalam nas klasik. Hasil kajian ini diharap dapat memberi sumbangan penting kepada pembuat dasar, institusi kehakiman Syariah dan penggubal undang-undang dalam menilai semula kedudukan diyat sebagai mekanisme keadilan Islam yang bersifat pemulihan dan berperikemanusiaan, di samping memperkukuhkan lagi integriti sistem perundangan Syariah di Malaysia. ReferencesmsDiyatSyariah Criminal LawKelantan EnactmentAct 355QisasIslamic CompensationUndang-Undang Jenayah SyariahEnakmen KelantanIslamic Compensation.Cabaran Peruntukan Pelaksanaan Diyat dalam Undang- Undang Jenayah Syariah: Analisis Terhadap Enakmen Negeri KelantanChallenges in the Implementation of Diyat Provisions In Shariah Criminal Law: An Analysis of the Kelantan State Enactmenttext::conference output::conference proceedings::conference paper295302