Nur Farhana Binti Abdul RahmanNur Syarihah Mohd Shah2024-05-302024-05-302020-11-04eISBN 978-9674408428https://drive.google.com/file/d/1UeDLxHuzOc8eJ8ZVEJUgI-63YO-gukhM/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17971E-Proceedings Of The International Conference On Aqidah, Religions And Social Sciences (SIGMA10) “ Towards Peaceful Co-Existence And Excellence Of Ummah : An Implication Of Rahmatan Lil’Alamin” Organized by: Akidah and Religion Studies Programme, Faculty of Leadership and Management 4th November 2020. Editors: Mohd Radhi Ibrahim, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Rosidayu Sabran, Nik Suhaida Nik Abdul Majid, Najib Sheikh Abdisamad, Mohd Hamidi Ismail, Yuseri AhmadDalam konteks Malaysia, isu-isu sensitiviti agama dapat dikategorikan kepada 3 kategori utama iaitu i). isu bersifat teologi seperti pertukaran agama, murtad, ketuhanan, kenabian, dan seumpamanya ii). Isu sosial seperti meraikan perayaan agama lain, hak ibadah dan rumah ibadat, isu mengahdiri perkahwinan dan seumpamanya. iii). Isu etika menghina jenazah , mencerca simbol agama lain dan seumpamanya. Artikel ini bertujuan mengkaji persepsi penganut-penganut agama di Lembah Klang terhadap isu-isu sensitiviti agama khasnya dalam isu sosial. Ini kerana isu-su sosial ini dilihat aktif dijalankan dalam kehidupan seharian. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif melalui edaran soal selidik kepada 384 orang responden yang tinggal di Lembah Klang iaitu di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Responden kajian terdiri daripada penganut agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian. Dapatan kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan analisis frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati, terdapat 10 isu yang dinilai dalam kategori isu sosial iaitu isu menghormati laungan azan, isu menghormati rumah ibadat, isu menghormati upacara ibadat, isu menghadiri majlis perkahwinan penganut agama lain, isu meneruskan hubungan kekeluargaan walaupun berbeza agama, isu meraikan perayaan agama lain, isu menghadiri upacara pengebumian penganut agama lain, isu mengunjungi rumah ibadat agama lain, isu menggunakan kekerasan atas nama agama (contoh: ekstremis agama atau genocide) dan isu membuat tuntutan agama bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Kajian merumuskan bahawa isu yang paling sensitif dalam konteks sosial adalah tindakan melakukan kerosakan di rumah ibadat manakala isu yang paling kurang sensitif adalah menghadiri jemputan perkahwinan dari penganut agama lain.othersenisitiviti agama, penganut agama, toleransi beragama, dialog sosial, Malaysia.Sensitiviti Penganut Agama Di MalaysiaSensitivity of Religious Believer In MalaysiaArticle221234