Siti Fadhlina Mustapa KamalSiti Khadijah Mohd NasrahSyed Mohamad Syed Abdullah2024-05-302024-05-302021-06Mustapa Kamal, S. F., Mohd Nasrah, S. K., & Syed Abdullah, S. M. (2021). Persepsi Kaunselor terhadap Gangguan Stres Pasca Trauma (Post-Traumatic Stress Disorder) Mangsa Buli di Malaysia : Counsellor Perception of Post-Traumatic Stress Disorder among Bullying Victim in Malaysia. Sains Insani, 6(1), 217-226. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no1.2770127-787110.33102/sainsinsani.vol6no1.277https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/277https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15109Vol. 6 No. 1 (2021): Jurnal Sains InsaniMangsa buli di sekolah berisiko tinggi untuk mengalami isu Gangguan Stres Pasca Trauma (PTSD). Pelbagai risiko isu psikologikal mendatang seperti penyalahgunaan bahan serta kecenderungan membunuh diri boleh berlaku jika tidak ditangani. Ekoran daripada itu, penglibatan kaunselor dan guru bimbingan kaunseling diharapkan dapat membendung gejala PTSD ini dengan memberi intervensi awal kepada mangsa buli yang mengalami trauma. Justeru, satu kajian tinjauan analisis keperluan telah dilaksanakan bagi mengenal pasti persepsi kaunselor terhadap isu PTSD mangsa buli. Seramai 161 orang kaunselor dari pelbagai institusi telah terlibat dalam kajian ini melalui teknik Pensampelan Mudah. Kaedah pengumpulan data melalui borang soal selidik telah diedarkan secara atas talian menggunakan aplikasi ‘Google Form’. Data kuantitatif dianalisis menggunakan analisis deskriptif melalui analisis kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesedaran kaunselor tentang isu PTSD mangsa buli berada di tahap baik (87.6%). Namun begitu, kesedaran dan pengetahuan kaunselor kurang terhadap isu-isu psikologikal mendatang serta kurang berkemahiran dalam membina intervensi kaunseling yang sesuai. Oleh itu, satu tindakan bagi menerapkan kesedaran, pengetahuan dan kecekapan kemahiran tentang PTSD mangsa buli di kalangan kaunselor khususnya di peringkat sekolah perlu dilaksanakan supaya mangsa buli tidak dipinggirkan tetapi dibantu agar mereka dapat mencapai psikologi yang sejahtera.otherkaunselor, mangsa buli, PTSD, intervensi kaunselingPersepsi Kaunselor terhadap Gangguan Stres Pasca Trauma (Post-Traumatic Stress Disorder) Mangsa Buli di MalaysiaCounsellor Perception of Post-Traumatic Stress Disorder among Bullying Victim in MalaysiaArticle21722661