Abd Hamid Abd Murad2024-05-282024-05-282012978-967-11354-5-7https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55322/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/6959Pelaksanaan undang-undang sama ada Islam mahupun sivil adalah untuk melindungi, menjaga serta memperbaiki eko sistem daripada hal-hal yang dapat merosakkan kepentingan individu dan orang ramai. Panduan yang terdapat dalam undang-undang Syariah terdapat di dalam maqasid alSyariah. Setiap jenayah di dalam undang-undang Syariah telah diperuntukkan hukuman sama ada dari aspek hudud, qisas mahupun takzir. Di dalam undang-undang Syariah, penerapan hukuman boleh memberikan bimbingan bagi pesalah dan penjenayah sekali gus mencegah jenayah dari berulang serta mengurangkan pertambahan bilangan penjenayah. Tindakan ini secara tidak langsung dapat menegakkan keadilan bagi masyarakat. Kertas kerja ini menghuraikan faktor-faktor yang boleh dipertimbangkan oleh hakim semasa menjatuhkan hukuman kepada pesalah. Kertas kerja ini juga menyenaraikan jenis hukuman serta implikasinya terhadap pesalah mengikut pendekatan syariah dan sivil. Kertas kerja ini diharap dapat menyenaraikan aspek pemberatan hukuman atau tasydid ke atas pesalah yang telah disabitkan melakukan kesalahan jenayah adalah dibenarkan selama mana ia menepati prinsip keadilan yang selari dengan perundangan Islam mahupun sivil.otherJenayahPemberatan hukuman (Tasydid)SivilSyariahKonsep Pemberatan Hukuman Jenayah Dalam Syariah Dan Undang-Undang Sivil : Pelaksanaan dan ImplikasiArticle875883