Muhammad Zaqwan Hakeem Bin MalekMuhammad Alif Haziq Bin KhirushamMuhammad Arif Ikram Bin Baharuddin2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 9786297534374https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17610E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Artikel bertujuan menerangkan berkaitan konsep doa Nabi Yunus beserta bukti bagi menyokong setiap hujah yang akan diberikan. Artikel ini akan mengupas dengan secara terperinci mengenai definisi doa yang sebenar menurut ulama Disamping itu, penulis mengkhususkan kajian berkaitan konsep doa Nabi Yunus di dalam surah Al Anbiya’. Melalui doa atau zikir Nabi Yunus ini, penulis akan menceritakan secara ringkas sirah Nabi Yunus bagi mengenal pasti faktor-faktor yang terlibat berkenaan doa Nabi Yunus. Seterusnya, penulis akan menghuraikan berkenaan konsep dan aspek yang terdapat di dalam doa Nabi Yunus. Objektif artikel bagi memberi pendedahan terhadap penghayatan doa Nabi Yunus yang seterusnya membantu kita untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih efektif. Amal tanpa ilmu itu sesat dan ilmu tanpa amal itu sia-sia, maka dari itu, pengunaan doa Nabi Yunus yang sering diucap di dalam doa tanpa menghayati maksud dan konsep sebenar do aitu boleh membawa kepada perbuatan yang sia-sia. Artikel ini merupakan kajian kualitatif. Penyelidikan kualitatif bergantung kepada beberapa kaedah pengumpulan data dan analisis yang melibatkan penyelidikan dalam kajian. Antaranya ialah kaedah pembacaan al-Quran, tafsir yang muktabar dan buku yang berkaitan dengan tajuk kajian. Ini dilaksanakan untuk konsep Doa Nabi Yunus. Pada era modenisasi ini, setiap dari kita akan menghadapi tekanan atau ujian yang berbeza pada setiap hari. Menghadapi ujian yang berbeza bagi setiap manusia boleh membawa kepada pelbagai masalah terutamanya masalah mental. Oleh itu, signifikan artikel ini bagi menjadi salah satu medium bagi kita memahami dan seterusnya menjadi pemangkin kepoada kita di dalam menongkah arus ujian yang dihadapi.otherKonsep Doa, Nabi Yunus, Surah al-Anbiya'Konsep Doa Nabi Yunus dalam Surah Al-AnbiyaArticle4554622