Munirah Nabihah Binti SallehSyarah Nur Najiah Binti SahromUmamah Binti Ahmad Najib2024-05-302024-05-302024Syed Hassan, S. N., Hamisan@Khair, N. S., Zulkiply, S. R. I., & Mohamad Zainuzi, I. H. (Eds.). (2024). In E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024) (pp. 1–1203). Penerbit USIM.e-ISBN: 978-629-7636-32-0https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17697E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024): “Memartabatkan Masyarakat Madani Nusantara Berlandaskan Kearifan Al-Quran Dan Sunnah” / Penyunting: Syed Najihuddin Syed Hassan, Nur Saadah Hamisan@Khair, Shah Rizul Izyan Zulkiply, Nurul Izzatul Huda Mohamad Zainuzi 20-23 Januari 2024 / 8-11 Rejab 1445H Penganjur: Fakulti Pengajian Quran and Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) & Muzium Manuskrip al-Quran Narathiwat ThailandKeindahan al-Quran adalah setiap surah mempunyai keunikan dan mesej penting yang Allah ingin sampaikan buat seluruh manusia secara khususnya. Segala kebenaran dan pengertian rohani yang dinyatakan di dalam al-Quran oleh Allah Yang Maha Benar tertanam di dalamnnya. Surah An-Nas adalah surah terakhir dan menjadi penutup mengikut susunan surah di dalam Al-Quran manakala surah al-Fatihah adalah surah pembuka Al-Quran yang mengandungi pengetahuan asas seluruh surah dalam Al-Quran. Mempelajari kandungan surah al-Fatihah bermakna mempelajari keseluruhan Al-Quran juga. Artikel ini membincangkan tentang keunikan surah An-Nas dan surah Al-Fatihah serta perkaitan di ant ara kedua surah tersebut. Objektif utama artikel ini ialah mendedahkan makna tersirat di sebalik surah An-Nas dan surah Al-Fatihah. Pendekatan kaedah yang digunakan dalam artikel ini ialah kaedah kualitatif yang melibatkan kajian kepustakaan. Tumpuan utama artikel ini adalah untuk mendedahkan tiga perkara iaitu keunikan surah An-Nas, keunikan surah Al-Fatihah dan perkaitan atau hubungan surah An-Nas dengan surah Al-Fatihah. Melalui artikel ini, hasil penelitian mendapati tema utama yang akan diketengahkan dari kedua surah tersebut ialah tauhid kepada Allah dan kepentingan doa kepada Allah. Penemuan kajianartikel ini akan membantu para pembaca menemui beberapa perkataan yang menjelaskan kedudukan Allah sebagai Tuhan semesta alam, Tuhan yang menciptakan dan memeliharanya di bawah jagaan-Nya serta menjelaskan hubungan-Nya dengan manusia sebagai manifestasi cinta dan belas kasihan-Nya tanpa syarat untuk menyedarkan manusia bahawa mereka akan bertanggungjawab atas setiap perbuatan mereka pada Hari Pembalasan.otherKeunikan, Surah Al Fatihah, Surah An Nas, Tauhid, DoaKeunikan Surah An-Nas dan Surah Al-Fatihah Serta Perkaitan di Antara KeduanyaArticle530544