Mawaddah Binti HasbullahSiti Nur Syuhada Binti RosliWan Nur Aqilah Binti Wan RoslanSyed Najihuddin Syed Hassan2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 9786297534374https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17629E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Jami Kutub Tis’ah merupakan satu aplikasi yang memuatkan hadis-hadis popular yang diriwayatkan oleh sembilan imam. Imam yang dimaksudkan ialah Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tirmizi, Imam An-Nasa'i, Imam Ibnu Majah, Imam Ahmad, Imam Malik, Imam Ad Darimi. Pada asalnya, aplikasi ini merupakan sebuah buku dan telah dijadikan dalam bentuk digital bagi memenuhi keperluan semasa. Namun, aplikasi ini hanya mengandungi sembilan buah kitab hadis sahaja. Selain itu, fungsi aplikasi ini juga kurang didedahkan kepada pelajar USIM jurusan hadis kerana masih ramai yang tidak mahir dalam menggunakannya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang sejarah dan perkembangan serta keberkesanan aplikasi ini kepada pelajar jurusan hadis di USIM. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kuantitatif iaitu melalui kajian perpustakaan dan tinjauan melalui bahan-bahan rujukan. Penyelidik menggunakan instrument seperti soal selidik dan ujian pencapaian bagi memungut data. Instrumen berfungsi sebagai alat pengukur dan menjadi alat perantaraan antara penyelidik dan peserta kajian. Hasil kajian ini mendapati, aplikasi Jami Kutub Tis'ah ini sangat memberi manfaat kepada pelajar jurusan hadis sebagai sumber rujukan dalam mengetahui status sesuatu hadis. Kesimpulannya, dengan adanya aplikasi Jami’ Kutub Tis‘ah ini dapat membantu para pelajar untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu hadis dengan lebih pantas. Justeru itu, setiap pelajar jurusan hadis perlu mendalami isi kandungan aplikasi ini agar dapat menggunakannya dengan lebih arif dan berkesan.otherPembelajaran Hadis, Jami’ Kutub Tis’ah, KeberkesananPembelajaran Hadis menggunakan Aplikasi Jami’ Kutub Tis'ah: Keberkesanan dalam Kalangan Pelajar Jurusan Hadis di UsimArticle666688