Rafidah Binti IdarisChe Wan Abdullah Azzam Bin Che Wan Mohd Shaiful NizamMawaddah Binti MarzelanMuhammad Solihin Bin AzmiNour Qasrina Binti AzalinorAisyah Najihah Binti Asif2025-11-172025-11-172025Rafidah daris, Che Wan Abdullah Azzam Che Wan Mohd Shaiful Nizam, Mawaddah Marzelan, Muhammad Solihin Azmi. Nour Qasrina Azalinor & Aisyah Najihah Asif. (2025). Skrin Kecil, Impak Besar: Kajian Pengaruh Gajet Terhadap Prestasi Pelajar Dalam Era Digital. Insan Junior Researcher International Conference & Innovation (IJURECON) 2025, 295–302. https://raudahusim.sharepoint.com/:b:/s/USIM-eDocs/EfVkn9zP4m9HniZRvI2XhQMBlU12RcfdxRZHlzdrKyiznQ?e=syZY7bhttps://raudahusim.sharepoint.com/:b:/s/USIM-eDocs/EfVkn9zP4m9HniZRvI2XhQMBlU12RcfdxRZHlzdrKyiznQ?e=syZY7bhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/27965Insan Junior Researcher International Conference & Innovation (iJURECON) 2025 : “STREAM for a Better Future/ editor : Ahmad Fuad Mohamad Amin, Nurul Shazwani Binti Mohamed, Rossidi Bin Usop, Abdel Rahman Ibrahim Suleiman Islieh Organised by Kolej PERMATA Insan 10-11 October 2025Kemajuan teknologi digital telah membawa perubahan besar dalam pendidikan, termasuk penggunaan tablet sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah. Langkah ini bertujuan meningkatkan capaian maklumat, menjadikan PdP lebih interaktif, serta memupuk minat pelajar terhadap subjek. Namun, penggunaan tablet turut menimbulkan kebimbangan seperti gangguan fokus dan ketagihan skrin. Kajian ini dijalankan untuk menilai prestasi akademik pelajar sebelum dan selepas penggunaan tablet secara rasmi, serta meneliti persepsi mereka terhadap keberkesanannya. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif, melibatkan 57 pelajar aliran Sains Tulen Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur. Instrumen kajian merangkumi soal selidik dan analisis keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun serta Percubaan SPM. Hasil kajian menunjukkan majoriti pelajar mencatat peningkatan prestasi akademik selepas penggunaan tablet. Mereka menyatakan kelebihan seperti kemudahan akses bahan pembelajaran, peningkatan motivasi, dan minat terhadap pengajaran visual melalui video dan aplikasi interaktif.Walau bagaimanapun, beberapa cabaran turut dikenal pasti seperti kebergantungan kepada internet, gangguan daripada media sosial dan permainan, serta keletihan mata akibat penggunaan berpanjangan. Dapatan ini mencerminkan bahawa teknologi boleh menjadi alat bantu yang berkesan, namun turut membawa risiko jika tidak digunakan secara terkawal. Oleh itu, guru disarankan merangka strategi PdP yang seimbang antara penggunaan teknologi dan pendekatan tradisional. Peraturan penggunaan tablet perlu diperjelaskan dan disertai pemantauan. Pihak sekolah juga digalakkan menyediakan latihan literasi digital kepada pelajar dan guru agar teknologi digunakan secara beretika dan bertanggungjawab. Dengan pendekatan menyeluruh, tablet berpotensi menjadi alat transformasi pendidikan yang lestari dan bermakna, sekiranya dikendalikan secara bijaksana.msprestasi akademikpenggunaan tabletteknologi pendidikanSkrin Kecil, Impak Besar: Kajian Pengaruh Gajet Terhadap Prestasi Pelajar Dalam Era Digitaltext::conference output::conference proceedings::conference paper295302