Zulhamizan IsmailAmiruddin Mohd Sobali2024-05-302024-05-302020-10-292756-8156www.penerbit.usim.edu.myhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17256Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 Paper No. BM015 333 - 346Pembangunan sosio-ekonomi merupakan proses transformasi gabungan elemen kemasyarakatan dan ekonomi untuk mencapai kemajuan. Di era globalisasi yang mencabar kini, keseimbangan sosio ekonomi mampu membina kejayaan yang bakal dinikmati oleh segenap rakyat. Bagi menyedarkan umat islam akan kepentingan pembangunan sosio-ekonomi, khutbah jumaat digunakan sebagai salah satu saluran penyampaian maklumat. Segala dalil daripada al-quran dan hadis yang berkaitan dipetik untuk menimbulkan kesedaran kepada masyarakat. Walaubagaimanapun, penelitian oleh sebahagian cendekiawan agama mendapati bahawa sebahagian Hadis-Hadis yang tidak boleh dijadikan hujah disampaikan di dalam khutbah jumaat. Hal ini pasti menimbulkan masalah apabila masyarakat awam mempercayai dan mengamalkannya. Justeru, kajian ini merungkai status semua hadis berkenaan yang digunakan di dalam khutbah jumaat di negeri Selangor dari tahun 2016 hingga 2017. Kajian ini amat penting untuk menyajikan nas-nas yang sahih untuk diamalkan oleh masyarakat dalam rangka memajukan ekonomi umat islam agar ia berjalan dengan cara yang diredhai oleh Allah SWT. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah data analisis yang menganalisa data secara diskriptif. Hasil kajian ini mendapati bahawa 64 % adalah Hadis Sahih, 18 % Hadis Hasan dan Hadis Dhaif 18%. Kajian ini turut membina kerangka strategi pembangunan sosio-ekonomi Islam berasaskan nas dan dalil yang sahih sebagai panduan pihak berwajib agama dan masyarakat awam. Kajian ini diharap dapat membuka mata pihak terbabit terutamanya pihak berkuasa agama agar lebih prihatin dalam memilih hadis yang sahih sebelum disampaikan kepada masyarakat.otherKeseimbangan (Al-Mizan) Pembangunan Sosio-Ekonomi Menurut Sunnah Nabawi: Kajian Analisa Hadis Khutbah Jumaat Negeri SelangorArticle333346