Mohd Sufian IsmailAnida SarudinShamsudin Abu BakarMubin Mohd NorMohd Fahrur Rozi IsmailMohd Faizul Hafiz A. Razak2024-11-112024-11-112024Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, & Nuruliza Roslan (2024). International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 . Penerbit USIM.e ISBN 978-629-7636-87-0https://istet.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/10/e-Proceedings-ISTET-2024_full_24102024.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/24678E-Proceedings of 7th International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 “Sustaining Islamic Heritage, Upholding Philosophy, Spearheading Civilisations and Immersing in Culture” / editor: Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, Nuruliza Roslan 15 – 16 Oktober 2024 ( Hibrid) Anjuran :Pusat Pengajian Teras & Institut Sains Islam (USIM) Dengan Kerjasama : Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Universiti Islam Selangor, Persatuan Sejarah Malaysia, dan Yayasan PEACETerjemahan surah Yasin di Malaysia yang mempunyai pelbagai versi dan bentuk cetakan berpotensi untuk dianalisis dari aspek perkataan yang digunakan. Penggunaan partikel wacana “Lah” yang bersifat tidak disengajakan pula membuka dimensi baharu untuk melihat fenomenanya dalam terjemahan Al-Quran. Dalam kajian ini, partikel wacana “Lah” dijadikan indikator untuk mendapatkan representasi penggunaannya dalam terjemahan surah Yasin. Prosedur Analisis ATLAS.ti Bersistematik dipraktikkan pada 18 data terjemahan surah Yasin, iaitu melibatkan enam terjemahan dalam bentuk naskah Al-Quran, enam dalam bentuk digital dan enam dalam bentuk naskah kecil bacaan harian. Analisis ATLAS.ti pula terdiri daripada tiga fasa, iaitu fasa ‘Memerhatikan’, ‘Mengumpulkan’ dan ‘Memikirkan’. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan partikel wacana “lah” mempunyai frekuensi yang tinggi dalam semua bentuk terjemahan surah Yasin. Analisis code-document table juga menunjukkan bahawa penggunaan partikel wacana “Lah” mempunyai pola yang berpotensi mengkategorikan terjemahan surah Yasin kepada empat bentuk, iaitu terjemahan primer, terjemahan sekunder, terjemahan individu, dan terjemahan asing. Implikasinya, kajian yang menumpukan pada penggunaan entiti bahasa bersifat tidak disengajakan, iaitu partikel wacana “lah” bermotivasi untuk meneroka fenomena baharu pada sesuatu data serta berpotensi untuk dikembangkan. Penggunaan ATLAS.ti juga dapat mengembangkan lagi prosedur sedia ada agar lebih sistematik mengikut kajian semasa.msATLAS.tiyasinterjemahanlahpartikel wacanaRepresentasi Partikel Wacana "Lah" Dalam Terjemahan Surah Yasin di Malaysiatext::conference output::conference proceedings::conference paper